USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM IKTIRAF JASA ALUMNI

051013-1

MERANG, TRENGGANU, 5 Oktober 2013 - Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa mengiktiraf sumbangan dan kejayaan alumninya.

Demikian kata Naib Canselornya Profesor Dato' Dr. Omar Osman kepada alumni yang hadir dalam majlis ramah mesra dengan bekas pelajar USM Terengganu di sebuah hotel di sini malam ini.

"DYMM Tuanku Canselor sendiri memberikan pengiktirafan ini dengan memperkenankan tokoh alumni dan industri yang menjulang namanya di dunia iaitu Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang dilantik sebagai Pro Canselor ketiga USM baru-baru ini," kata Omar.

051013-2

Naib Canselor USM itu turut mencadangkan agar persatuan-persatuan alumni mengundang Tan Sri Datuk Mustafa untuk berkongsi pengalaman luasnya sebagai role model untuk dicontohi. Beliau juga telah berada dalam Majlis USM, ahli Lembaga Pengarah dan kemudiannya Lembaga Gabenor apabila Perlembagaan USM yang baharu diwartakan, menjadikan keseluruhannya lebih 35 tahun bersama-sama USM selepas menamatkan pengajian di USM serta individu yang paling lama dilantik menganggotai mana-mana Lembaga Pengarah universiti awam di negara ini.

"USM juga berbangga dengan kejayaan alumni USM yang berada dalam kerajaan mahu pun swasta seperti mana Menteri Besar Terengganu, Menteri Pendidikan 2, beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan banyak lagi," kata Omar.

Omar turut memberikan taklimat tentang perkembangan semasa dan perancangan masa hadapan USM kepada para alumni.

051013-3

"Terasnya ialah kita ingin terus menjadi universiti yang membina negara termasuk memberikan bakat-bakat besar untuk kepimpinan dalam pelbagai institusi utama termasuk kerajaan dan swasta serta berusaha untuk berkongsi kejayaan dan kepakaran dengan orang lain di samping melibatsama semua pihak dengan bekerja bersama-sama agar dapat terus menjadi universiti yang menjadi pilihan secara bersama-sama," kata Omar lagi.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Alumni USM Terengganu, Mohamad bin Ali dan ahli-ahli jawatankuasanya. Beliau menyeru untuk para alumni USM agar sentiasa bersama-sama universiti dalam memastikan kejayaannya pada masa hadapan. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1157

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024