USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGGIAT SENI USM UNGGULI FESTIVAL TEATER

300913-1

Penggiat seni dan teater Universiti Sains Malaysia (USM) mengungguli Festival Teater Malaysia 2014 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 yang berlangsung hujung minggu lalu anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di Auditorium P. Ramlee Pulau Pinang.

Festival tersebut disertai oleh 26 pasukan untuk kategori monodrama manakala 9 pasukan menyertai teater moden dari seluruh negeri Pulau Pinang.

Untuk kategori Teater Moden, pelajar tahun tiga, Lakonan dan Pengarahan Pusat Pengajian Seni, Intan Farhanim Othman dari Kumpulan Kersani memenangi anugerah Pengarah Terbaik melalui karya Bisikan Cinta.

Alumni USM, Kayrol Unwar pula memenangi Pelakon Lelaki Terbaik melalui teater yang sama.

Pelajar Sarjana di Pusat Pengajian Seni, Ismaliza Ishak pula memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui teater Barabah persembahan kumpulan Gasewap.

1379562 10201873868709017 1211950601 n

Teater Barabah juga memberikan kemenangan Naib Johan untuk calon doktor falsafah di Pusat Pengajian Seni, Lena Farida Chin selaku pengarahnya. 

Sementara itu, Meow Meow Production yang terdiri daripada Alumni USM, memenangi Rekaan Set Terbaik untuk teater Siapa Bunuh Osama.

Penggiat seni yang juga staf USM di Pusat Pengajian Seni, Mohd. Yusuf Bakar pula memenangi tempat ketiga selaku pengarah teater moden Biarku Dukung melalui kumpulan Bakawalee Pulau Pinang. Alumni USM, Nur Faizatul Akmal turut memenangi anugerah Pelakon Harapan melalui teater yang sama.

Untuk kategori Monodrama alumni USM, Amelina Jamil berjaya menggondol hadiah sebagai johan untuk  teater bertajuk Nisya Khaleed. Amelina turut menggondol anugerah Pelakon Terbaik dan teater yang sama turut memberikan kemenangan Pengarah Terbaik.

Pelakon dan penggiat teater dari Dewan Budaya USM, Norhelmi Othman memenangi Naib Johan untuk teaternya bertajuk Misi 2.0 di samping turut memenangi anugerah Sinografi Terbaik. 

Pasukan dari Dewan Budaya USM turut menyertai teater moden melalui Sesudah Subuh yang berjaya memenangi hadiah saguhati.

Tahniah kepada semua pemenang. Penggiat seni dan budaya khususnya teater terus mewarnai dunia teater tanah air.

Teks: Mohamad Abdullah/FOTO SUMBANGAN: Mohd Yusuf Bakar

  • Created on .
  • Hits: 1966

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024