USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERJUMPAAN ALUMNI SAINS KEMASYARAKATAN 1973

270913-16

SUBANG, 26 September 2013 - Kira-kira 40 orang bekas pelajar kursus Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) sebahagian besarnya kumpulan pertama 1973 mengadakan perjumpaan di sini hari ini.

Menurut Louis A Vincent yang mengambil inisiatif mengadakan pertemuan ini, semuanya bermula dengan keinginan untuk berjumpa semula rakan-rakan lama untuk bertemu setelah sesetengahnya berpuluh tahun tidak bertemu.

270913-2

"Memandangkan kumpulan kami adalah kecil, sebahagian masih berhubungan dan saling berkomunikasi, namun usaha ini dibuat untuk mengumpulkan lebih ramai rakan-rakan untuk bertemu," kata Vincent.

Beliau menyambut baik cadangan untuk kembali ke kampus terutamanya ke Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan untuk melihat sendiri perubahan pesat yang berlaku di kampus USM walau pun agak sering ke Pulau Pinang.

20130926 142526-1 resized 1

"Kami harap dapat sering mengadakan pertemuan seperti ini dan merancang sesuatu yang berfaedah untuk semua selain dari mengembalikan ingatan dan kenangan bersama di USM," kata Vincent yang masih aktif menulis. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1326

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024