USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVOKESYEN USM KE-63: SUASANA MERIAH WARNAI HARI PERTAMA PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK

USM PULAU PINANG, 15 November 2025- Hari pertama pengambilan pakaian akademik bagi Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) membuka tirainya dengan penuh kemeriahan apabila ratusan graduan hadir seawal pagi di perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). Keceriaan jelas terpancar pada wajah para graduan yang tidak sabar menantikan detik bersejarah untuk menerima ijazah masing-masing.

WhatsApp Image 2025 11 15 at 12.10.08 206ce45f

Seawal jam 9.00 pagi, proses pengambilan berlangsung lancar dengan kerjasama teratur daripada petugas konvokesyen yang memastikan setiap urusan pengesahan, penyelarasan saiz, dan pemakaian pakaian akademik berjalan dengan sistematik. Suasana sekitar DTSP turut meriah dengan sesi fotografi, rakaman momen kenangan serta gelak tawa bersama keluarga, rakan-rakan dan pensyarah yang menjadi tonggak kejayaan mereka.

WhatsApp Image 2025 11 15 at 12.10.09 8757b8a1

Hari pengambilan pakaian akademik ini bukan sahaja menandakan bermulanya minggu konvokesyen, malah menjadi simbol kepada perjalanan panjang para graduan yang bakal diraikan secara rasmi dalam sidang-sidang yang akan berlangsung.

Sementara itu, Tuanku Canselor USM, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah memperkenankan bahawa Upacara Konvokesyen USM ke-63 akan diadakan mulai Selasa, 25 November 2025 hingga Selasa, 2 Disember 2025, bertempat di DTSP, Kampus Induk USM.

WhatsApp Image 2025 11 15 at 12.10.11 f08e76ec

Sebanyak 9,347 graduan bakal menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen kali ini yang akan dijalankan dalam empat belas (14) sidang. Sidang Pertama akan dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Canselor, manakala Sidang Kedua hingga Sidang Keempat Belas akan dipengerusikan oleh para Pro-Canselor USM mengikut jadual rasmi yang telah ditetapkan.

WhatsApp Image 2025 11 15 at 12.10.06 4ab979c0

Upacara Konvokesyen ke-63 ini sekali lagi menjadi medan USM menghargai kecemerlangan akademik, ketabahan serta pencapaian para graduannya, mewakili generasi baharu pemimpin, profesional dan inovator yang bakal menyumbang kepada pembangunan negara.

 Teks: Anis Ariney Mohd Asri/Suntingan: Dr. Miharaini Md Ghani/Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

 

  • Created on .
  • Hits: 634

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025