USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIGA PASANGAN KEMBAR SEIRAS WARNAI KONVOKESYEN

DSC 0345

PULAU PINANG, 24 September 2013 – Kejayaan tiga pasangan kembar seiras mewarnai Majlis Konvokesyen ke-48 Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung selama empat hari bermula 19 September. Pasangan tersebut ialah Chan Yeow Ping dan Chan Yeow Pang, Koong Gia Ing dan Koong Gia Yoke serta Hundia Yin dan Jammee Yin.

Yeow Pang yang lahir seminit lebih awal daripada Yeow Ping berkata, mereka berdua mempunyai minat yang sama dari segi warna, makanan dan sukan iaitu bermain badminton. Mereka yang bergraduasi dalam bidang Kejuruteraan Elektronik mendapat inspirasi daripada sepupu mereka yang telah berjaya dalam bidang tersebut.

DSC 0402

“Sepupu saya sebelum ini adalah pelajar USM dan telah menamatkan pengajian dalam bidang yang sama. Melihatkan kejayaannya, kami merasakan ingin menjadi seperti beliau,” kata Yeow Pang semasa ditemui selepas tamat sidang kelima yang menyaksikan seramai lebih 800 graduan menerima ijazah masing-masing.

“Bidang ini amat berat dan susah tetapi menarik dan kami saling memberikan semangat antara satu sama lain serta bersaing sesama sendiri,” kata Yeow Ping.

Menurut Gia Ing sejak kecil beliau dan adiknya telah sama-sama bertekad untuk melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda. 

Katanya, mereka bukan berasal dari keluarga yang senang dan menyifatkan hanya pelajaran yang mampu mengubah nasib mereka kepada keadaan yang lebih baik.

"Saya gembira berjaya menamatkan pelajaran mengikut tempoh yang ditetapkan, tambahan pula dengan kembar tersayang," ujarnya. 

Gia Ing dan adiknya cemerlang dan berijazah dalam kelas pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

DSC 0293

Seperti pasangan kembar lain, Hundia dan Jammee Yin saling membantu satu sama lain kerana mereka juga belajar dalam bidang yang sama iaitu Sains Kimia.

DSC 0308g

“Kami berasa amat gembira kerana dapat bergraduasi bersama-sama dan berterima kasih kepada semua yang banyak membantu untuk kejayaan ini,” kata Jammee.  Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1560

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024