USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ARM AIMS 2025: USM GERAK AGENDA MOBILITI PELAJAR SERANTAU DI PENTAS FOI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 6 November – Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama SEAMEO RIHED serta Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai hos bersama telah menganjurkan 'The 19th Annual Review Meeting (ARM) of the Asian International Mobility for Students (AIMS) Programme 2025' yang menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan mobiliti pelajar di rantau Asia.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 7.53.46 PM

Program tahunan ini bertujuan memperluas pengalaman pembelajaran antarabangsa dan memupuk pemahaman rentas budaya melalui pelaksanaan inisiatif mobiliti akademik di kalangan negara anggota AIMS.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, manakala majlis penutup pula dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dengan kehadiran Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, selaku wakil institusi hos bersama.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 7.53.45 PM 1

ARM AIMS ke-19 yang diadakan bersempena Festival Idea (FOI) Putrajaya 2025 telah menghimpunkan hampir 220 peserta mewakili 10 negara anggota AIMS, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Brunei Darussalam, Kemboja, Singapura, Jepun dan Republik Korea.

Sepanjang 4 hingga 6 November 2025, pelbagai sesi dan perbincangan strategik telah dilaksanakan bagi memperkukuh dasar serta pelaksanaan program mobiliti pelajar, memperluas kerjasama akademik antarabangsa dan menguatkan jaringan hubungan global dalam ekosistem pendidikan tinggi.

Penglibatan USM sebagai hos bersama ARM AIMS 2025 menegaskan komitmen universiti dalam memperkasakan agenda antarabangsa dan mobiliti pelajar, selaras dengan peranan USM sebagai peneraju APEX yang mendukung globalisasi pendidikan tinggi negara.

Teks & Foto: Sr Dr. Muneera Esa, Timbalan Pengarah, Pejabat Antarabangsa/Suntingan: Shafinaz Md Ismail

  • Created on .
  • Hits: 132

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025