USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CENDAWAN VOLVARIELLA TARIK PERHATIAN PENGUNJUNG DI FOI PUTRAJAYA 2025

PUTRAJAYA, 4 November – Projek inovasi penanaman cendawan Volvariella dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menarik perhatian ramai di Festival Idea (FOI) Putrajaya 2025, sebagai salah suatu pameran komuniti berasaskan pertanian lestari dalam kluster kesejahteraan sosial.

 MFD 8855

Pasukan diketuai oleh Dr. Jacquelina Karimon bersama Cik Nor Rafizah Haji Md Zain dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM mempamerkan inovasi penanaman cendawan Volvariella melalui tiga jenis tandan iaitu A, B dan C yang menunjukkan perbezaan gred hasil inovasi mereka.

 MFD 2561

Pengunjung turut dapat melihat cendawan yang telah diawet mengikut kategori gred sama, memberikan gambaran jelas tentang kualiti dan potensi produk di pasaran.

Pada hari pertama pameran, lebih 200 orang pengunjung hadir dan kebanyakannya mengakui baru pertama kali mengenali cendawan Volvariella , namun telah menunjukkan minat tinggi terhadap potensi tanaman ini.

MFD 8687

Beberapa pihak berminat, termasuk syarikat kelapa sawit dari Sabah dan pensyarah dari institusi pengajian tinggi awam lain yang ingin menjalin kerjasama. Paparan video dan gambar proses penanaman juga digunakan untuk memberi pemahaman lebih jelas kepada pengunjung.

MFD_2578.jpg

Projek ini memberi impak positif kepada komuniti, termasuk meningkatkan pendapatan isi rumah, memupuk amalan mesra alam melalui teknologi lestari dan memperkasakan ekonomi masyarakat setempat.

“Para pensyarah kita di USM sangat versatile dan kreatif. Projek seperti ini menunjukkan bagaimana mereka mampu menggabungkan inovasi, penyelidikan dan kepakaran untuk memberi manfaat secara terus kepada komuniti,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Teks:
Dr. Jacquelina Karimon
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM

Suntingan:
Prof. Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail
Perunding Editorial Kanan @ MPRC USM

  • Created on .
  • Hits: 128

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025