USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PIMPIN FORUM INDUSTRI-AKADEMIA SEMIKONDUKTOR DI FESTIVAL IDEA (FOI) PUTRAJAYA 2025

PUTRAJAYA, 6 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terlibat dalam penganjuran Forum Industri–Akademia Semikonduktor sempena Festival Idea (FOI) Putrajaya 2025, di bawah platform Higher Education Institutions–Industry Summit (HEIS) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.02.56 PM

Forum berkenaan yang berlangsung di bawah segmen Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) dilaksanakan sebagai wadah perbincangan sinergi strategik antara akademia dan industri dalam usaha membangunkan ekosistem Elektrik & Elektronik (E&E) serta semikonduktor bertaraf dunia.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.08.14 PM

Penganjuran ini juga menyokong aspirasi FOI untuk memupuk dan mempromosikan idea inovatif dalam kalangan pemain utama sektor pendidikan tinggi dan industri, selaras dengan matlamat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pengetahuan dan kreativiti serantau.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.03.02 PM

USM menerusi Pengarah Jaringan Industri, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil selaku Lead Discussant telah mengetuai forum bertajuk “E&E + Semiconductor Industry–Academia Forum: Powering Malaysia’s Future – Synergy for a World Class E&E & Semiconductor Ecosystem”, dengan kerjasama strategik daripada UniMAP.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.13.44 PM

Barisan panel forum terdiri daripada tokoh industri ternama termasuk En. Lai Thiam Hee (AMD Malaysia), Dato’ Ts. Dr. Shanmuganathan (Ketua Pegawai Eksekutif ECTrons), Datuk Raghu Bathamenadan (Naib Presiden Western Digital) dan En. Noorazidi Che Azib (Naib Presiden Inari Technology Sdn. Bhd.) yang berkongsi wawasan terhadap pengukuhan rantaian nilai E&E negara.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.02.58 PM

USM turut diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Mariatti Jaafar, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM yang hadir bagi pihak Naib Canselor sebagai sokongan terhadap penganjuran berimpak tinggi ini.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.03.05 PM

Forum tersebut telah menarik penyertaan lebih 200 individu merangkumi wakil industri, agensi kerajaan, pensyarah dan pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi.

WhatsApp Image 2025 11 07 at 12.03.03 PM

Antara syarikat dan agensi utama yang turut serta termasuk Oppstar, AMD Malaysia, Western Digital, Advanced Semiconductor Academy of Malaysia, MRANTI, Lynas Malaysia, Futuristic Technologies, CREST, MIMOS dan Kejuruteraan Arus Setia Sdn. Bhd.

Penganjuran bersama ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkasa kerjasama strategik dengan industri demi mendepani transformasi sektor E&E dan semikonduktor negara.

Teks: Prof. Madya Ts. Dr. Wan Maryam Wan Ahmad Kamil & Ts. Chm. Dr. Sumiyyah Sabar, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat/Suntingan: Prof. Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 194

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025