USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA ANUGERAH ENTREPRENEURIAL ACADEMIC SUPPORT & COLLABORATION EXCELLENCE AWARD DI PERDASAMA EXCELLENCE GALA DINNER 2025

KLANG, 2 November 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh reputasinya sebagai institusi berteraskan keusahawanan dan inovasi apabila menerima pengiktirafan “Entrepreneurial Academic Support & Collaboration Excellence Award” semasa Majlis PERDASAMA Excellence Gala Dinner 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, KSL Esplanade Hotel, Klang.

galadinner2

 

Majlis anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) itu menyaksikan lebih 1,000 usahawan Bumiputera, pemimpin industri, wakil agensi kerajaan serta tokoh korporat dari seluruh negara turut hadir.

Penganjuran tersebut bertujuan meraikan kecemerlangan usahawan di samping memperkukuh jaringan strategik antara sektor korporat, akademia dan kerajaan dalam memacu pembangunan ekonomi Bumiputera.

USM menerima pengiktirafan berprestij ini sebagai penghargaan terhadap komitmen universiti dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan akademik serta kolaborasi industri dan komuniti, di samping memperkasa pelajar dan penyelidik melalui pelbagai inisiatif inovasi serta latihan industri.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 12.51.11

Anugerah tersebut telah diterima oleh Pemangku Pengarah Pejabat Jaringan Industri, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Ts. ChM. Dr. Sumiyyah Sabar, yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. 

Dalam pada itu, Naib Canselor telah menyatakan rasa sukacita dengan pencapaian berterusan USM dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan dan kolaborasi strategik bersama rakan industri, sejajar dengan visi universiti untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berinovasi tinggi.

Manakala PERDASAMA menyatakan, pengiktirafan ini diberikan kepada universiti yang menunjukkan impak signifikan dalam menyemai budaya keusahawanan dalam pendidikan tinggi serta menggalakkan penyelidikan berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan keusahawanan nasional.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, T.Y.T. Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam selaku Tetamu Kehormat, yang turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Usahawan PERDASAMA 2025 kepada pelbagai tokoh dan organisasi yang berjasa dalam memajukan keusahawanan Bumiputera.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 12.51.12 1

Kejayaan ini sekali lagi mengukuhkan peranan aktif USM sebagai universiti peneraju dalam memupuk budaya keusahawanan, memperkasa kolaborasi academia-industri, serta mendukung aspirasi nasional di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 8 dan SDG 9).

Pencapaian ini turut mencerminkan komitmen berterusan USM dalam membina masyarakat dan ekonomi yang berdaya saing, inklusif serta mampan.

Teks: Ts. ChM. Dr. Sumiyyah Sabar, Pemangku Pengarah Pejabat Jaringan Industri, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM/ Suntingan: Profesor Madya Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail

  • Created on .
  • Hits: 235

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025