USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UK FIT & WELLNESS FUN WALK MERIAHKAN KEMUNCAK PENUTUP 11 PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN KAUNSELING 2025

USM, PULAU PINANG, 2 November 2025 – UK Fit & Wellness Fun Walk anjuran Unit Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung meriah sebagai simbolik penutup kepada Bulan Kaunseling Peringkat USM 2025.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.38

Program ini merupakan acara kemuncak kepada rangkaian 11 program sepanjang Oktober yang digerakkan oleh Unit Kaunseling BHEPA dalam usaha memupuk kesedaran kesejahteraan menyeluruh dalam kalangan warga kampus.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.

"Bulan Kaunseling bukan sekadar platform program, tetapi medan membina kefahaman, penghayatan dan solidariti terhadap kesejahteraan diri dalam konteks universiti" tegas beliau, dalam ucapannya.

Dengan penyertaan seramai 482 orang staf dan pelajar dari pelbagai latar, acara ini berjaya menggalakkan gaya hidup sihat sambil membina kesejahteraan mental, memperkukuh hubungan sosial, dan menyemai semangat komuniti di kampus.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.43 WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.39

Lebih menarik, pelbagai juadah makanan dan minuman disediakan di setiap ‘checkpoint’ sepanjang laluan sebagai elemen tambahan yang menjadikan aktiviti ini lebih santai, menyeronokkan dan mesra penyertaan.

Antara penaja utama yang menjayakan acara ini ialah Nasi Kandar Subaidah, ITKAB ARAITUM, VICO dan Miss Aliya Inspire Resources, yang menyumbang kepada suasana ceria dan keterlibatan peserta.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.41

WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.40

Melalui penganjuran berterusan seperti ini, USM terus memperkukuh komitmennya terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 3: Kehidupan Sihat dan Sejahtera serta SDG 17: Perkongsian untuk Mencapai Matlamat, demi membentuk komuniti kampus yang sihat tubuh badan, sejahtera emosi dan harmoni secara kolektif.

WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.43 2 WhatsApp Image 2025 11 04 at 11.44.42

Teks/Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA/Suntingan: Shafinaz Md Ismail

  • Created on .
  • Hits: 120

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025