USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DEWAN BUDAYA USM RANGKUL ANUGERAH PENDUKUNG SENI 2025

723df8cc 55a7 44ce 86d6 29a7c987b3e2

PULAU PINANG, 3 November 2025 – Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diumumkan sebagai penerima Anugerah Pendukung Seni (Kategori Agensi Kerajaan/Korporat) sempena Majlis Anugerah Seni Negeri Pulau Pinang 2025 yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Anugerah berprestij anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan berterusan Dewan Budaya dalam memperkasa kegiatan seni dan budaya, khususnya melalui pementasan teater, persembahan muzik, tarian serta pelbagai program berimpak tinggi yang melibatkan pelajar dan komuniti setempat.

cb50708f b5a8 470d 9fa5 2004081cead8

Kejayaan ini sekali gus memperkukuh peranan Dewan Budaya USM sebagai hab seni dan budaya universiti, yang bukan sahaja menjadi pusat pengembangan bakat kreatif mahasiswa, malah aktif menjalin kolaborasi strategik bersama pelbagai agensi dan organisasi luar bagi memperkukuh ekosistem seni di negeri ini.

Majlis penganugerahan tersebut turut mengiktiraf sumbangan individu dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan seni budaya di Pulau Pinang.

a0a761f0 cb45 4e0e 8271 ac4123bcb648

Turut hadir, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai; Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKKN yang mewakili Ketua Pengarah JKKN, Salmiyah Ahmad; Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya JKKN, Saifulkhairi Ahmad; Pengarah MOTAC Pulau Pinang, Dr. Annuar Mohamed; serta Penolong Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Azri Hafizee Hariri.

Teks: Anis Ariney Mohd Asri/Foto: Dewan Budaya USM

  • Created on .
  • Hits: 109

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025