USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKASA JARINGAN EDUCHAMPS MELALUI ACADEMIA FIESTA 2025

USM PULAU PINANG, 29 Oktober 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi melakar sejarah dengan penganjuran Academia Fiesta@USM 2025, sebuah acara tahunan yang semakin kukuh sebagai platform pemangkin inovasi akademik dan pengiktirafan kepada warga pendidik yang berjiwa besar.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.53 193847a8

Menurut Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, kejayaan penganjuran terdahulu memperlihatkan semangat transformasi dalam kalangan pensyarah dan warga akademik, sekali gus membuka ruang kolaborasi rentas pusat pengajian dan disiplin yang lebih strategik seiring dengan keperluan era pendidikan baharu.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.26 12edbfb2

Tahun ini, Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) meneruskan tema “Building Networks of EduChamps” dengan pendekatan yang melangkaui sempadan Universiti melalui kerjasama bersama rakan strategik pendidikan luar USM.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.37 ee88d320

“Matlamatnya adalah untuk memperkukuh budaya unlearn, co-learn dan relearn, satu keperluan penting dalam dunia yang dicorakkan oleh ketidaktentuan geopolitik dan persekitaran VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, and Ambiguity) yang semakin kompleks,” katanya.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.28 557071ef

USM yang juga dikenali sebagai peneraju dalam penghasilan program Micro-Credential (MC) dan Massive Open Online Courses (MOOC) kini, membina ekosistem pendidikan yang lebih jelas melalui penggabungan PTJ strategik seperti CDAE, PKA dan APEL.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.30 e1f70125

“Dengan langkah ini, USM mampu melebarkan sayap membantu golongan kurang berkemampuan, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.10 d39b695d

Beliau turut menegaskan bahawa dunia kini berada diambang transformasi besar dengan kemunculan teknologi seperti AI, realiti terimbuh, blockchain dan quantum computing yang sedang mengubah cara mengajar dan belajar.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.39 1d767083

“Namun, dalam kesibukan kita mengejar inovasi, jangan sesekali kita lupakan asas pendidikan sebenar iaitu sahsiah, etika dan nilai kemanusiaan,” katanya.

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.19 c89d7090

WhatsApp Image 2025 10 28 at 17.25.12 59bdb2f2

Majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Universiti itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM sementara ucapan pembukaan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat. Turut hadir ialah tokoh akademik tersohor, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Morshidi Sirat, serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OpenLearning, Adam Brimo dan rakan strategik industri yang turut menjadi panel penilai pertandingan.

Teks: Anis Ariney Mohd Asri/ Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohamad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 58

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025