USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN IMU METERAI MEMORANDUM PERJANJIAN PERKUKUH KERJASAMA DALAM PENILAIAN APEL

49687aea 0bb9 4f70 b31e 6da40f3bcd32

USM, PULAU PINANG, 15 Oktober 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan IMU University (IMU) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Majlis penandatanganan MoA yang dihoskan oleh USM itu turut dihadiri oleh delegasi IMU yang diketuai oleh Academician Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, dan disertai oleh wakil kedua-dua institusi.

67683596 650b 4ea4 acc8 d28f71cca4b5

Melalui perjanjian ini, IMU akan memanfaatkan kepakaran Pusat Penilaian APEL USM sebagai rakan strategik bagi pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

d07ad999 47a2 490a 85ed 31a3f08fd8e3

Pusat Penilaian APEL USM yang dilancarkan pada Oktober 2023 telah mula melaksanakan penilaian APEL.A untuk calon tempatan pada Disember 2023, sebelum mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk melaksanakan penilaian bagi calon antarabangsa pada November 2024.

e693f67a e63c 4452 9c2b 95e503c37e88

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, kerjasama ini menzahirkan komitmen bersama kedua-dua universiti terhadap kecemerlangan akademik serta memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan pembelajaran bersepadu kerja (work-integrated learning).

27f37f29 e88c 43e6 8a8d 2450cfd293ab

“Usaha ini merupakan langkah strategik ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dapat memacu pertumbuhan sosio ekonomi negara pada masa hadapan,” katanya.

f2f8a427 8f95 4c39 8f9a af6044b766dc

Tambah beliau lagi, USM dan IMU komited memperkasa landskap pendidikan, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, serta memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara lebih inklusif.

475ec362 6912 4e6e a760 19061ce46db9

Turut hadir bersama  Pro Naib Canselor, Pendidikan, IMU University, Profesor Dr. Er Hui Meng; Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob; Ketua Bahagian Kemasukan dan Pemangku Ketua Pusat APEL IMU University, Sasitharan A/L Subramaniam; Pendaftar IMU University, Noraidah Yusoff; dan Penyelaras Pusat Penilaian APEL USM, Dr. Zarina Md Nor.

Teks: Muhammad Airul Afzan Azlan, intern@MPRC / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 206

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025