USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM SERU PEGAWAI MUDA PALAPES TERUS ‘SENTIASA MEMIMPIN’

e7c74620 ead5 441e 9ef6 49296141dc85

SEBERANG JAYA, 4 Oktober 2025 – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) PALAPES USM 2025 di The Light Hotel, Seberang Jaya, dengan dihadiri seramai 190 orang.

558160658 1308996881267058 1141346138406329913 n

Turut hadir, Naib Canselor USM, Kolonel (Kehormat) Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed merangkap Komandan PALAPES USM bersama isteri, Datin Seri Roslina Ahmad Mohamed.

fed28009 6be7 4143 a0fd fa06e01a7df5

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa, “Para pegawai muda haruslah sentiasa memahatkan diri terhadap slogan PALAPES iaitu “Sentiasa Memimpin.”

“Ini kerana di sinilah lahirnya jati diri pegawai muda yang dapat membentuk keterampilan yang cemerlang dan mantap dari segi fizikal dan mental.

be4d8a13 1cac 4564 8a65 baf7a556acd5

a15e08b6 289b 46d0 8241 b75e45101aeb

“Jadilah seorang pemimpin yang disegani demi memartabatkan lagi usaha Angkatan Tentera Malaysia dalam menarik minat lebih ramai individu untuk menjadi sebahagian daripada anggota sukarela mahupun anggota tetap,” pesan Naib Canselor.  

58041d63 40bb 42f4 8810 15da5d9f9c92

Sementara itu, Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM merangkap Ketua Cawangan Latih, Mejar Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Hazizan Mohd Hashim menekankan bahawa, “Majlis ini dilaksanakan bagi mengekalkan tradisi yang dipercayai telah bermula dari zaman Viking dan Roman Legion untuk meraikan sesuatu kejayaan besar.”

558781265 1308995307933882 3135599115550728864 n

558444704 1308996897933723 5692718052598220590 n

558661743 1308996227933790 3957167667162616471 n

“Majlis ini juga menjadi wadah bagi pegawai muda mempelajari dan mengadaptasi ‘Table Manners’ yang terdiri daripada pengurusan majlis, susun atur meja dan peralatan,” tambahnya yang juga Pengerusi Rancangan Kokurikulum PALAPES USM.

6a2bfec6 57f8 4c2c 83b9 99a46b54dc08

fa2a7810 72a0 44ba 9c97 4036ace34170

Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) PALAPES USM 2025 yang penuh beradap itu diadakan untuk meraikan pegawai-pegawai muda PALAPES Darat, Laut dan Udara USM yang telah menerima pentauliahan semasa Istiadat Pentauliahan Pegawai Muda PALAPES ke-43 Tahun 2025, yang telah diadakan dengan jayanya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 13 September 2025 yang lalu.

df0c3471 4ada 421f 9618 c432d9e2e8d5

9be6eb42 3657 4d47 a175 313c6d3972d3

Turut sama hadir, Ahli Lembaga Gabenor Universiti merangkap Ketua Kluster Kepimpinan USM, Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM yang turut Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Timbalan Komandan PALAPES USM, Leftenan Kolonel Ts. Dr. Shahrizal Nazri; dan Pegawai Memerintah KD Sri Pinang, Komander So Lea Kun.

Teks: Lt. M. Nur Rifah Rasyiqah Mohd Sahrudin & Lt. M. Wan Haziqah Amirah Wan Amiruddin/Suntingan: Kapt. Dr. Lim Chee Ann & Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 280

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025