LEBIH 3,000 PELAJAR BAHARU USM TERUJA IKUTI SESI SANTAI ‘IN PERSON WITH DOC ZAM’
USM PULAU PINANG, 3 Oktober 2025 – Lebih 3,000 pelajar baharu di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) teruja mengikuti sesi khas 'In Person With Doc Zam', yang memberi peluang kepada mereka bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Program yang julung kali diadakan di USM itu bertujuan memperkukuh hubungan antara pelajar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), selain membuka ruang kepada pelajar baharu untuk berkongsi pandangan, bertanya soalan serta mendapatkan inspirasi dalam suasana santai dan mesra tetapi penuh pengisian.
Menurut YB Menteri, “Kita mahu graduan kita 'menggapai langit' dengan ilmu pengetahuan global, tetapi dalam masa yang sama perlu 'mengakar ke bumi' dengan memahami dan menyumbang kembali kepada realiti masyarakat.”
Menjawab kebimbangan seorang mahasiswa mengenai cabaran, YB Menteri menasihatkan, "Orang yang paling berjaya dalam hidup ialah mereka yang belajar daripada kegagalan; jadikan setiap cabaran sebagai landasan untuk menjadi lebih baik lagi."
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman; Menjalankan Fungsi Pengarah Lembaga Gabenor Universiti, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said; serta Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan-timbalan Naib Canselor; dan pengurusan tinggi USM.
Program yang dihoskan oleh alumni USM dan merupakan seorang pengacara serta personaliti televisyen terkenal Malaysia, Ahmad Fedtri Yahya itu turut menyentuh sentimen kemanusiaan sejagat melalui perkongsian ringkas mengenai misi bantuan ‘Freedom Flotilla’ ke Gaza.
Dalam pada itu, Naib Canselor USM berkata, penganjuran 'In Person With Doc Zam' memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali pemimpin negara dengan lebih dekat, selain dapat membina keyakinan dan semangat mereka melalui perkongsian pengalaman.
Menurut beliau, suara dan pandangan pelajar merupakan sebahagian daripada ekosistem pendidikan inklusif yang diutamakan oleh USM, sejajar dengan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik, berdaya saing dan berjiwa kepimpinan.
“Program ini memberi peluang untuk kita mendengar suara pelajar secara langsung dan memahami aspirasi generasi baharu. USM sentiasa menitikberatkan kesejahteraan mahasiswa kerana mereka adalah nadi universiti dan bakal pemimpin masa hadapan,” katanya.
Program ini turut dijadikan sebahagian daripada pengisian Minggu Siswa Lestari USM bagi Sidang Akademik 2025/2026. Dalam majlis yang sama, USM turut menyerahkan beberapa sumbangan khaskepada pelajar yang memerlukan.
Antaranya termasuk sumbangan Yayasan Perkasa Siswa berjumlah RM1,000 setiap seorang kepada 15 pelajar kurang berkemampuan, selain 50 buah komputer riba bernilai RM100,000 yang disediakan untuk pelajar B40, pelajar kurang upaya (OKU) dan siswa sulung.
Abdul Rahman juga berkata, universiti komited membina ekosistem pendidikan inklusif dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif sokongan khusus untuk pelajar daripada kumpulan B40, siswa sulung dan pelajar berkeperluan khas (OKU).
“Langkah proaktif ini membolehkan setiap pelajar baharu memulakan perjalanan akademik dengan keyakinan tanpa terbeban oleh kekangan kewangan atau logistik,” katanya.
Menurut beliau, usaha tersebut mencerminkan hasrat USM melahirkan graduan berkualiti di samping mendokong aspirasi Malaysia Madani dalam memperkasa pendidikan tinggi yang berdaya saing, inklusif, dan berteraskan kesejahteraan.
“USM juga yakin pelbagai inisiatif yang dilaksanakan akan dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik serta mengekalkan keseimbangan kehidupan kampus yang lebih holistik,” katanya sejurus tamat sesi khas 'In Person With Doc Zam' di sini hari ini.
Dalam pada itu, antara inisiatif yang disediakan oleh USM termasuk:
- Created on .
- Hits: 341