USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

INKLUSIF: KEHADIRAN PELAJAR BAHARU DENGAN PELBAGAI LATAR BELAKANG WARNAI SESI PENDAFTARAN USM

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.07 d0d46a20

USM PULAU PINANG, 26 September 2025 – Kepelbagaian latar belakang budaya, sosioekonomi, pencapaian akademik terbilang serta kemampuan luar biasa menjadi cerita berwarna-warni dalam sesi pendaftaran pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2025/2026 yang bermula hari ini.

Daripada pelajar dengan pencapaian akademik membanggakan sehinggalah pelajar kelainan upaya (OKU) yang turut tidak kurang hebatnya, masing-masing membawa kisah tersendiri dalam mengharungi cabaran sebelum berjaya menjejakkan kaki ke menara ilmu.

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.02 1c9225c5

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, USM teruja menyambut kehadiran pelajar baharu yang mendaftar secara berperingkat bermula hari ini hingga 28 September 2025.

Katanya, seramai 4,236 calon daripada puluhan ribu pemohon program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) melalui sistem UPU (Saluran Perdana) berjaya ditawarkan tempat di USM.

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.08 558d98a8

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut, 3,378 ditempatkan di Kampus Induk, 919 pelajar di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, manakala 639 lagi di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

“Selain itu, seramai 70 calon daripada Feeder USM (PRA-U USM) dalam aliran Sains Hayat Kolej MARA Kulim turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian Doktor Perubatan di USM KLE, India.

9667b2b4 f741 4768 972e bf4cc513525c

“Pendaftaran pada tahun ini juga mencatatkan kehadiran lima pelajar Orang Asli yang ditawarkan tempat di USM. Hal ini membuktikan komitmen universiti terhadap pendidikan inklusif,” ujarnya ketika mempengerusikan sidang media di sini, hari ini.

WhatsApp_Image_2025-09-26_at_14.20.02_ef49ef56.jpg

Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor USM; Profesor Dr. Azlan Amran, Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat, Profesor Dr. Habibah A. Wahab, Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff, pegawai-pegawai kanan universiti dan lain-lain.

Abdul Rahman turut menegaskan bahawa USM terus memberi penekanan kepada agenda University Social Responsibility (USR) dengan mengekalkan naratif pengambilan golongan Bottom Billion.

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.03 353d345a

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.03 6484537a

“Inisiatif ini bertujuan membuka peluang kepada calon pelajar daripada golongan tercicir dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di USM.

“Bagi kategori B40, sebanyak 1,972 calon ditawarkan tempat melalui saluran UPU bagi ketiga-tiga kampus USM, merangkumi 46.55 peratus daripada keseluruhan pelajar,” katanya lagi.

fea679c2 32fa 47e8 8211 ec08955115f3

Selain itu jelas beliau, USM juga menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pelaksanaan Program Siswa SULUNG Malaysia yang memberi peluang kepada anak-anak keluarga B40 yang menjadi individu pertama dalam keluarga mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Bagi sidang ini, seramai 280 pelajar ditawarkan melalui Program Siswa SULUNG dengan jumlah kos keseluruhan RM2.8 juta,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2025 09 26 at 14.20.04 c6c611b1

91c49a9d 72e4 4884 ae76 8ddfbce0cb90

Beliau menegaskan, USM turut memberi perhatian kepada golongan OKU dalam usaha merealisasikan impian mereka memperoleh ijazah dari USM. Sebanyak 17 calon OKU ditawarkan tempat di ketiga-tiga kampus.

“Pelajar-pelajar ini akan menikmati kemudahan kelas pertama di Desasiswa Aman Damai yang dilengkapi fasiliti mesra OKU seperti tandas khas, platform kerusi roda, serta parkir kenderaan berhampiran bilik kediaman mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, USM turut memperkasa kumpulan pelajar memerlukan ini dengan menyalurkan beberapa bantuan khas termasuk:

  • Sumbangan 50 buah komputer riba.
  • Sumbangan Yayasan Perkasa Siswa sebanyak RM1,000 kepada 15 pelajar yang layak.
  • Sumbangan 600 kit bantuan keperluan asas bernilai RM60,000 kepada pelajar miskin tegar B40, pelajar OKU serta anak pesara tentera dan polis yang dikenal pasti.
  • Bantuan Awal Pendidikan Pelajar Baharu berjumlah RM200,000 kepada pelajar daripada keluarga B40.

Selain itu, USM juga mengambil inisiatif menggantikan perabot lama di desasiswa dengan perabot baharu bagi memastikan keselesaan dan pengalaman pembelajaran terbaik buat semua pelajarnya.

Teks: Marziana Mohamed Alias/ Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 357

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025