USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPSL USM 2025: PLATFORM PEMBENTUKAN PEMIMPIN MAHASISWA BERWIBAWA

549468136 1289165259674765 6656239224642723873 n

KUALA KANGSAR, PERAK, 22 September 2025 – Kem Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2025/2026 telah melibatkan penyertaan seramai 225 pelajar dari ketiga-tiga kampus utama USM.

Program selama tiga hari yang bermula pada 19 September 2025 itu telah berlangsung di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

550556756 1289131456344812 5317216272085280094 n

Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM dengan objektif untuk melatih barisan hadapan PPSL dari segi kepimpinan, ketahanan diri, serta penguasaan maklumat institusi.

Dibantu oleh seramai 17 fasilitator yang terdiri daripada warga kerja BHEPA kehadiran mereka turut berperanan dalam menyampaikan ilmu melalui pemantapan nilai APEX, budaya HEBAT serta peranan peserta PPSL yang merupakan duta kecil antara pelajar baharu dan pihak Universiti.

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, Profesor Dr. Azizah Omar, dalam ucapan penutup berkata, khidmat peserta PPSL bukan hanya setakat Minggu Siswa Lestari tetapi berterusan di sepanjang tempoh siswa/i dapat menyesuaikan diri di kampus masing-masing.

552974678 1289132569678034 2754766377936625913 n

Turut hadir, Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Shukeri A. Rahaman, yang menegaskan bahawa program seperti ini mampu mencetuskan semangat kepimpinan, kerjasama berpasukan, dan kesedaran sivik dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan aspirasi USM sebagai Universiti APEX.

Sepanjang kem, peserta mengikuti lima modul seperti 'ice-breaking' & Taaruf, Explorace, Kreativiti & Inovasi, Modul 'Survival Cooking', Modul Smart Tunnel, dan Modul Malam Kebudayaan USM yang dirangka khusus bagi menggabungkan elemen pengetahuan, kreativiti, kepimpinan, kelestarian, dan ketahanan fizikal.

552879124 1289131916344766 7579510401668005264 n

552770341 1289132019678089 3522271392112979362 n

Modul-modul ini bukan sahaja membentuk kemahiran insaniah peserta, malah meningkatkan daya tahan mental dan emosi mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran dalam membimbing pelajar baharu.

Salah satu modul yang paling mencuri tumpuan ialah Modul 2: Explorace, yang direka untuk menguji pemahaman peserta terhadap elemen penting Universiti seperti APEX, HEBAT, dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Modul ini juga mengasah kemahiran komunikasi, kerjasama, dan penyelesaian masalah secara kreatif.

552503218 1289131483011476 5915498850194889432 n

Aktiviti ini mengandungi empat checkpoint interaktif, termasuk penghasilan video bertemakan APEX yang dimuat naik ke media sosial sebagai bukti penguasaan capaian digital, aktiviti ‘telefon rosak’ berunsurkan konsep HEBAT, cabaran teknikal menggunakan bahan asas seperti paku, tali jut dan lidi; serta perdebatan spontan mengenai peranan PPSL dan isu semasa kampus.

551117112 1289131899678101 1100918353160638242 n

Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda peserta, malah menyemarakkan semangat berdaya saing dan kecekapan berfikir secara kritis.

Secara keseluruhannya, Kem PPSL USM 2025 berjaya membentuk barisan pembimbing pelajar yang bersedia dari aspek mental, emosi, dan fizikal dalam menyambut kedatangan pelajar baharu.

550087281 1289132446344713 5789145239358988646 n

550518574 1289131876344770 7829439427915841657 n

Lebih daripada sekadar program latihan, kem ini membuktikan bahawa PPSL adalah tonggak utama dalam menyampaikan aspirasi dan nilai universiti secara holistik serta berkesan.

Teks & Foto: Unit Media dan Penerbitan, BHEPA, USM

  • Created on .
  • Hits: 105

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025