USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGEMBARAAN 100 HARI, 15 NEGARA: INSPIRASI PERKONGSIAN DATO’ SERI IR. DR. ZAINI UJANG BERSAMA WARGA USM

32587a0a fc1f 4f4f 80af 83c4988c4c22

USM PULAU PINANG, 23 September 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Transformasi Insan, Jabatan Pendaftar telah menganjurkan program Sembang Kembara Dunia yang menampilkan Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebagai penceramah kehormat kali ini.

Pengalaman beliau mengembara ke 15 buah negara dalam tempoh 100 hari yang dikongsikan oleh beliau telah memberikan inspirasi besar buat warga USM yang hadir dalam menyentuh aspek cabaran pembangunan pendidikan negara dan pelbagai aspek yang lain.
 
d0e11a7e e7ca 4050 b37d 0c2459f08a28
 
Dalam perkongsian beliau, Zaini menceritakan misi pengembaraan yang melibatkan lawatan ke lebih 40 universiti dan institusi penyelidikan, yang bertujuan memperkukuh jaringan akademik antarabangsa, menggalakkan kerjasama penyelidikan serta memperkayakan perspektif baharu dalam bidang pendidikan tinggi negara, kelestarian, dan pembangunan modal insan.
 
844f77f6 c2a8 4401 ae31 df53807792eb
 
Beliau turut berharap perkongsian ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang realiti kehidupan dan cabaran global, malah membuka ruang kepada warga USM untuk menilai semula potensi diri dalam konteks kepimpinan, kerjaya, dan sumbangan kepada masyarakat. 
 
0aa8ea6e 6bbe 4f8b b00e 725cdbc7f179
 
1baf7493 2e0d 450a aaa1 75a6b4e4e906
 
57d54034 ab98 41f8 8dd6 2403dd79bb59
 
“Ilmu tidak mengenal sempadan, apabila kita berani melangkah keluar dan melihat dunia, kita bukan sahaja belajar mengenai orang lain, tetapi turut menemukan potensi diri yang lebih besar,” antara kata-kata beliau ketika menyampaikan sesi tersebut.
 
Zaini turut menekankan kepentingan membina jaringan antarabangsa, penguasaan ilmu pelbagai bidang serta keberanian mencabar diri sebagai faktor utama dalam melahirkan graduan dan tenaga kerja berdaya saing di peringkat global.
 9d2272ed 8ca6 4e06 bcd8 9fe348f11c5d
 
177b4684 830e 49d1 bd27 66936e6cb830
 
Turut hadir di program ialah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Penyelaras Pusat Transformasi Insan, Nurul Izzati Rozali; serta barisan kepimpinan dan pegawai utama Universiti. 
 
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/ Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq
  • Created on .
  • Hits: 250

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025