USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

38 DEKAN KEJURUTERAAN IPT BERKUMPUL DI PULAU PINANG SEMPENA MCED KE-91

547076486 1364168855713545 9082034804998054026 n

BAYAN LEPAS, 11 September 2025 – Seramai 38 dekan kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara berhimpun dalam Program Majlis Jemaah Dekan Kejuruteraan Institusi Pengajian Tinggi (MCED) Kali Ke-91 yang berlangsung di sini hari ini.

Pengerusi MCED, Profesor Dr. Jafri Din yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada empat agenda utama yang menjadi teras pembangunan akademik kejuruteraan.

 548067930 1364168475713583 3522009949861934899 n

“Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penambahbaikan program pengajian dan kokurikulum, isu akreditasi, potensi kerjasama antara institusi pengajian tinggi serta usaha memperkasa penyelidikan dan inovasi,” kata beliau.

Menurut Jafri, dengan tema 'Memacu Kecemerlangan Akademik, Akreditasi dan Inovasi dalam Kejuruteraan', program ini menjadi medan penting untuk barisan dekan terlibat berkongsi input serta menyelaras keutamaan secara bersama.

“Walaupun semua sibuk dengan komitmen di fakulti masing-masing, kehadiran dekan-dekan dan wakil hari ini membuktikan komitmen masing-masing dalam MCED ini,” katanya ketika berucap dalam sesi pembukaan program hari ini.

546706037 1364168785713552 3302086481607410334 n

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Ir. Ts. Dr. Shahrel Azmin Sundi @ Suandi, selaku wakil tuan rumah, berkata USM berbesar hati menjadi hos bagi program MCED kali ini yang menghimpunkan kepimpinan utama bidang kejuruteraan dari seluruh negara.

547421767 1364168542380243 5447465987837297552 n

“Sebagai sebuah universiti penyelidikan, USM sentiasa menyokong usaha kolektif untuk menambah baik kualiti pengajian kejuruteraan kerana kami percaya bahawa kemajuan dalam bidang ini memerlukan kesepaduan ilmu, dasar dan amalan antara institusi,” kata beliau.

547104223 1364166122380485 4115567826007908258 n

545977385 1364166182380479 6241289588689854980 n

Menurut Shahrel, penganjuran MCED memberi peluang untuk kita semua, sama-sama berkongsi amalan terbaik dan cabaran yang dihadapi oleh institusi masing-masing sambil membina sinergi untuk masa depan kejuruteraan negara yang lebih mampan dan berimpak tinggi.

Selain itu, beliau turut berharap agar semua ahli yang hadir berasa selesa dan mendapat manfaat sepenuhnya daripada sesi perbincangan, pertukaran pandangan serta jaringan kolaborasi yang berlaku sepanjang program ini.

546231296 1364166352380462 782620260109718748 n

547162320 1364166089047155 8522175370100732150 n

“Komitmen bersama seperti inilah yang akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi kejuruteraan negara,” ujarnya.

546898362 1364167465713684 5637346703871622936 n

Sempena dengan program tersebut, telah diadakan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dr. Habibah A Wahab.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa isu-isu penting yang dibincangkan dalam program kali ini adalah kritikal dalam membentuk masa depan pendidikan kejuruteraan negara.

546851866 1364167422380355 7375199902891352400 n

"Perbincangan ini kelak bakal membuka ruang kepada idea baharu, cadangan penambahbaikan serta kerjasama yang lebih erat antara semua pihak," kata beliau.

“Saya percaya inilah kekuatan MCED sebagai sebuah platform yang menyatukan suara dekan kejuruteraan demi kepentingan bersama,” tambah Habibah.

MCED kali ke-91 yang akan berlangsung sehingga esok, 12 September 2025 adalah anjuran bersama antara USM dan UTM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 88

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025