USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

175 PEGAWAI KADET PALAPES USM DITAULIAHKAN DI ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI MUDA PALAPES UA KE-43

74763

UPM, SERDANG, SELANGOR, 13 September 2025 – Pagi penuh bersejarah ini berlangsungnya Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Muda PALAPES Universiti Awam ke-43 tahun 2025 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

74756

74325

Seramai 175 Pegawai Kadet PALAPES USM yang terdiri daripada 100 Pegawai Kadet Darat, 34 Pegawai Kadet Laut dan 41 Pegawai Kadet Udara telah berjaya menamatkan latihan PALAPES dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia.

74772

Majlis yang penuh dengan istiadat itu disempurnakan oleh DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor.

74778

74768

Kolonel (Kehormat) Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM merangkap Komandan PALAPES USM turut hadir menyaksikan majlis pentauliahan tersebut bersama Naib-naib Canselor Universiti Awam yang lain.

Majlis bermula dengan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja di Padang Kawad UPM diikuti dengan Istiadat Pengurniaan Watikah Tauliah di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

74757

74764

Mereka merupakan sebahagian daripada sejumlah 1,927 Pegawai Kadet PALAPES daripada 20 Universiti Awam (UA) yang diraikan dalam istiadat kali ini. 

Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua Pegawai Muda yang telah ditauliahkan.

74761

74765

Sesungguhnya kejayaan ini menjadi bukti semangat kepimpinan yang wujud dalam diri mereka untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan tanah air, dan mereka diharapkan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi serta menjaga sumpah taat setia kepada negara.

Teks: Kapt. Muhammad Syarifuddin Md Sukor/Suntingan: Kapt. Dr. Lim Chee Ann & Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 277

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025