USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UPU BERDASARKAN MERIT, BUKAN PERBANDINGAN LALUAN

USM PULAU PINANG, 13 September 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyokong kenyataan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) berkenaan keadilan sistem kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Berdasarkan pengalaman pengambilan pelajar setiap tahun, USM berpandangan bahawa laluan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Program Asasi adalah laluan yang sah dan setara serta bermutu dalam menyediakan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Sistem kemasukan UPU dilaksanakan secara meritrokrasi dengan pendekatan holistik, yang menilai pelajar bukan hanya melalui pencapaian akademik, tetapi turut mengambil kira penglibatan kokurikulum serta latar belakang sosioekonomi keluarga mereka.

Pendekatan ini memastikan akses yang adil dan seimbang kepada pendidikan tinggi bagi semua lapisan masyarakat.

Justeru, perbandingan dari segi "kesukaran" antara laluan adalah tidak wajar dan boleh menjejaskan persepsi umum terhadap integriti sistem pendidikan negara.

Ketiga-tiga laluan ini memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan melahirkan graduan berkualiti tinggi yang berdaya saing serta bersedia menyumbang kepada pelbagai sektor guna tenaga negara.

Sebagai sebuah universiti penyelidikan utama berstatus APEX, USM telah mencapai kedudukan kukuh dalam penarafan universiti global tahun 2025 selain terus menerajui pencapaian dalam agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Pencapaian ini adalah hasil komitmen berterusan terhadap kecemerlangan akademik, akses yang adil, dan pembangunan negara secara inklusif.

  • Created on .
  • Hits: 131

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025