USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RAYUAN KEMASUKAN OKTOBER 2025 MASIH DIBUKA

fac1db43 3905 4fa4 8b22 fe43cd8c5563 

Tarikh tutup: 14 September 2025

Melalui Saluran Perdana

35 program Ijazah Pertama ditawarkan

USM PULAU PINANG, 11 September 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) masih membuka peluang rayuan untuk kemasukan ke 35 program Ijazah Pertama bagi ambilan Oktober 2025 melalui Saluran Perdana.

Sebagai Universiti APEX negara, USM komited memastikan akses pendidikan tinggi yang adil, seimbang dan inklusif untuk semua pelajar tempatan yang layak.

Tahun ini, USM menawarkan 4,236 tempat, meningkat sebanyak 4.5% berbanding tahun sebelumnya.

Antara bidang keutamaan bagi ambilan kali ini:

  • Sains Komputer: Peningkatan 11% dalam pengambilan termasuk bidang pembangunan perisian, data sains, keselamatan siber, kecerdasan buatan, dan pengkomputeran awan.
  • Kejuruteraan: Peningkatan 13.6% berbanding tahun 2021 selaras dengan usaha menyokong Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan menjadikan Malaysia sebagai hab industri semikonduktor global.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menegaskan bahawa setiap anak tempatan yang layak patut diberi peluang menyambung pengajian di universiti.

Rayuan masih dibuka sehingga 14 September 2025.

Terbuka kepada semua pemohon yang memenuhi syarat.

Mohon atau semak maklumat lanjut di pautan: https://upu.mohe.gov.my/

#USM #RayuanUSM2025 #UniversitiAPEX #SaluranPerdana #PendidikanUntukSemua #USMKomited

  • Created on .
  • Hits: 412

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025