USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NOSTALGIA ALUMNI USM 1985–1990 BERTAUT: PEMACU RAKAN STRATEGIK UNIVERSITI

540645279 1275777054589041 6636099275146990302 n

PULAU PINANG, 1 September 2025 – Seramai 188 alumni Universiti Sains Malaysia (USM) sesi 1985–1990 kembali berhimpun dalam suasana penuh emosi dan keakraban sempena perjumpaan rasmi yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2025.

Majlis yang diadakan di AC Hotel itu mengimbau semula kenangan kampus, mengukuhkan jalinan silaturahim, serta memperingati rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi.

540393562 1275777287922351 4692003208912218676 n

541060418 1275779764588770 3073776355463259306 n

Acara dimulakan dengan pendaftaran, jamuan makan malam bertema 80-an, sesi karaoke, tayangan montaj kenangan, dan pelbagai aktiviti interaktif yang merapatkan kembali hubungan yang terjalin lebih tiga dekad lalu.

Antara sorotan utama adalah penyampaian sumbangan alumni kepada Tabung Kebajikan dan Sumbangan Pelajar USM sebagai tanda solidariti terhadap generasi pelapis.

541741541 1275779914588755 3695541643482055494 n

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga atas semangat yang ditunjukkan oleh alumni dan menyifatkan mereka sebagai duta serta rakan strategik universiti dalam menjulang misi kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan tanggungjawab sosial.

541317862 1275779991255414 7002541338247967337 n

539366331 1275779197922160 5536242646146594517 n

“Alumni memainkan peranan sebagai duta universiti dan jambatan antara akademia dan industri, justeru universiti amat berharap agar rangkaian kerjasama lebih tersusun dapat diwujudkan bersama mereka, melalui program khas, penyelidikan bersama atau jaringan industri,” tegas Abdul Rahman.

Beliau turut menyeru agar alumni terus terlibat aktif dalam agenda universiti, khususnya dalam menyokong program Endowment, pemerkasaan mahasiswa, serta pembangunan global universiti pasca 2025.

539826818 1275779104588836 2423138708103812529 n

Majlis tersebut ternyata menjadi wadah berharga bukan sahaja sebagai jambatan kenangan, malah sebagai ruang memperkukuh rangkaian profesional yang mampu memberi impak besar kepada komuniti kampus dan luar.

539654436 1275779271255486 504236512560507253 n

541623690 1275779477922132 7626057223787819611 n

Kesepaduan yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa cinta kepada alma mater kekal utuh dan relevan dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang.

Teks: Shafinaz Md Ismail/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 69

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025