USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH INTEGRITI DAN TADBIR URUS DALAM KALANGAN KUMPULAN PELAKSANA MELALUI MODUL KHAS

69542

USM PULAU PINANG, 9 September 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik menerusi penganjuran "Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah" khusus kepada kumpulan pelaksana Universiti.

Bertempat di Dewan Bankuet, Canselori II, program anjuran Unit Integriti, Pejabat Perundangan USM tersebut menghimpunkan kakitangan pelaksana dari pelbagai jabatan bagi meningkatkan kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam memerangi gejala rasuah.

69538

Antara objektif utama program tersebut termasuk mendedahkan peserta kepada tadbir urus yang berkesan, meningkatkan tahap akauntabiliti, memahami risiko rasuah, serta menyemai budaya kerja beretika dan profesional dalam ekosistem Universiti.

69536

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Integriti Penjawat Awam" yang disampaikan oleh Dr. Mohd Rodzi Ahmad, diikuti sesi kedua bersama PPs Mohamad Sabiren Soaid dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang yang menyentuh isu rasuah dalam sektor awam. 

69539

Pada sesi petang, peserta turut didedahkan kepada kesalahan lazim berkaitan perolehan dan tatatertib perkhidmatan melalui dua lagi slot pembentangan yang turut dikendalikan oleh Dr. Rodzi.

69541

USM percaya bahawa pemantapan budaya integriti bukan sahaja memerlukan dasar yang kukuh, malah memerlukan pelaksanaan berterusan melalui pendidikan, latihan, dan kesedaran di semua peringkat warga kerja.

Program berkenaan juga mencerminkan iltizam Universiti untuk terus membina persekitaran kerja yang telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah, selaras dengan aspirasi USM sebagai institusi pengajian tinggi berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.

Teks: Noreen Afzan Roslan, Unit Integriti, Pejabat Perundangan USM/Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 150

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025