USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN DENGAN KIBARAN JALUR GEMILANG

1000169982

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Ogos 2025 – Suasana pagi di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini diserikan dengan kibaran hampir 150 Jalur Gemilang yang menghiasi kenderaan warga USM sebagai usaha memperkasakan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia 2025 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

1000169986

Bermula seawal jam 8.00 pagi di Pintu A berhampiran Padang Kawad, warga kampus yang tiba disambut mesra oleh Ahli Lembaga Gabenor Universiti, USM, Dato' Muhamad Khizri Abu Kassim dan Tuan Mohd Ali Mohd Salleh serta Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail yang turut mengedarkan bendera kepada mereka.

1000169980

Program tahunan ini bukan sekadar simbolik, malah menggerakkan warga kampus untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Setiap Jalur Gemilang yang dikibarkan menjadi lambang perpaduan, sokongan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

1000169984

Kenderaan yang megah mengibarkan Jalur Gemilang menyerlahkan komitmen USM dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warganya, sekali gus menghidupkan suasana sambutan di Kampus Kesihatan sepanjang bulan kemerdekaan.

1000169988

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Pakar USM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani; Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, Profesor Dr. Norhayati Luddin; dan Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul USM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail.

Teks: Siti Sri Mas Ismail & Marlina Zahari/Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 101

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025