USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA IPPT-PPUSMB 2025 DISAMBUT DENGAN JAYANYA

BERTAM, 12 Ogos 2025 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) hari ini meraikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat IPPT-PPUSMB 2025 dengan penuh semangat patriotik dan kebersamaan bersama warga IPPT-PPUSMB.

WhatsApp Image 2025 09 12 at 15.31.54 ab9b6bc8

Majlis yang berlangsung di Auditorium Sains@Bertam disambut meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah IPPT dan PPUSMB, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin bersama barisan pengurusan serta warga kerja dan pelajar kedua-dua institusi.

WhatsApp Image 2025 09 12 at 15.31.54 39ed2bde

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat IPPT-PPUSMB kali ini telah berjaya memperlihatkan kerjasama antara semua jabatan IPPT-PPUSMB yang mana turut melibatkan penglibatan semua warga staf di sini.

Melalui sambutan Ambang Merdeka Peringkat IPPT-PPUSMB, pihak pengurusan telah mengadakan kempen bermula pada penghujung Julai sehingga Ogos iaitu Pertandingan Selfie Merdeka Peringkat IPPT 2025 bertemakan “Wajah MADANI, Semangat IPPT” yang dijadikan sebagai platform untuk menzahirkan kreativiti dan bakat terpendam warga IPPT-PPUSMB.

WhatsApp Image 2025 09 12 at 15.31.52 bc977992

Bakiah dalam ucapannya berkata, selaras dengan tema tahun ini iaitu “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, membawa maksud kebersamaan haruslah sentiasa terjalin antara warga IPPT dan PPUSMB kerana ia merupakan kekuatan utama kita dalam menghadapi cabaran masa kini dan akan datang.

“Semangat kemerdekaan perlu menjadi pemangkin untuk kita terus berbakti, memperkukuh perpaduan, dan menyemai nilai MADANI dalam setiap tindakan kita,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan persembahan warga IPPT dan PPUSMB, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Selfie Merdeka serta pelepasan atlet Hari Warga Staf Kontinjen Pucung Harimau yang telah disempurnakan oleh Pengarah IPPT-PPUSMB.

WhatsApp Image 2025 09 12 at 15.31.51 59074e7f

Program ini diharap dapat memupuk rasa cinta negara, mempererat silaturahim, serta menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dalam kalangan warga institusi.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Timbalan Pengarah (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan); Prof. Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Pembangunan Projek Khas); Iza Rahayu Abd Rahim, Ketua Kewangan IPPT; Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran IPPT; Mohd Hizam Mohd Hanif, Ketua Seksyen Kejuruteraan; Prof. Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Ketua Kontinjen Pucung Harimau; pegawai-pegawai utama IPPT/PPUSMB; warga kerja dan warga pelajar IPPT dan PPUSMB.

Teks: Nur Aqilah Tajul Ashikin/Suntingan: Siti Meszaida Mohd Ehsan, MPRC, IPPT-PPUSMB

  • Created on .
  • Hits: 89

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025