USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

74 PEGAWAI KADET SISPA USM DITAULIAHKAN PANGKAT LEFTENAN MUDA PERTAHANAN AWAM

WhatsApp Image 2025 08 25 at 10.26.32 cf9abc45

SHAH ALAM, 16 Ogos 2025 – Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Peringkat Kebangsaan kali ke-16 telah berlangsung dengan penuh istiadat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Majlis bersejarah ini menyaksikan seramai 918 Pegawai Kadet SISPA daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam dan Staf Muda Pertahanan Awam.

WhatsApp Image 2025 08 25 at 10.26.32 d9d062a3

Universiti Sains Malaysia (USM) turut berbangga apabila 74 orang Pegawai Kadet SISPA USM berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Istiadat gilang-gemilang ini disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan hadir merasmikan majlis.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; serta Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed.

Pada majlis tersebut, LT. M (PA) Muhammad Noorhafiz Belthazar telah dinobatkan Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik USM.

USM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Pegawai Bersekutu, jurulatih, dan urus setia yang telah memberikan sokongan padu sepanjang proses latihan sehingga pentauliahan ini berjaya dilaksanakan.

Antara yang turut hadir memberikan sokongan ialah PPj. Kehormat (PA) Profesor Dato’ Gs. Dr. Narimah Samat (Komandan Kor SISPA USM); Kol. Bersekutu (PA) Profesor Madya Dr. Mohamad Haafiz Mohamad Kassim (Timbalan Komandan Kor SISPA USM); Mejar Bersekutu (PA) Gs. Dr. Mohd Amirul Mahmud (Pengerusi Rancangan dan Ajutan Kor SISPA USM); Kol. (PA) Zico Sual (Timbalan Pengarah APM Pulau Pinang); serta Lt. (PA) Mohd Faizal Adnan (Penyelaras dan Jurulatih Kor SISPA USM).

WhatsApp Image 2025 08 25 at 10.26.32 32b0b983

Majlis yang berlangsung dari 11 hingga 16 Ogos 2025 itu telah berjaya mencapai objektifnya untuk melahirkan pegawai muda SISPA yang lebih berdaya saing, berdisiplin, serta berintegriti selaras dengan moto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia: “Sedia, Pantas, dan Berintegriti.”

Teks: Mejar Bersekutu (PA) Gs. Dr. Mohd Amirul Mahmud, Pengerusi Rancangan & Ajutan Kor SISPA USM

  • Created on .
  • Hits: 162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025