USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MISI KOMUNIKASI 2025: PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM SANTUNI KOMUNITI BATEK DI JERANTUT

48214

JERANTUT, PAHANG, 9 Ogos 2025 – Keprihatinan terhadap pembangunan komuniti luar bandar terus menjadi keutamaan Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Universiti Sains Malaysia (USM) apabila menganjurkan Misi Komunikasi – Program Khidmat Masyarakat 2025 di Kampung Orang Asli Sungai Bengoi, Taman Negara Kuala Sat, Pahang.

Program ini memberi manfaat kepada hampir 200 penduduk, termasuk 27 keluarga suku kaum Batek yang telah menetap di penempatan baharu tersebut sejak enam tahun lalu hasil pemindahan yang diselaraskan.

48218

“Inisiatif sebegini bukan sahaja menyediakan bantuan keperluan asas, malah membuka ruang pembelajaran dan interaksi yang lebih luas untuk generasi muda Batek,” ujar Penasihat Program, Dr. Noor Azlina Yusoff.

48217

Dekan PPK USM, Profesor Madya Dr. Bahiyah Omar, turut menzahirkan sokongan padu terhadap penganjuran ini dengan menyifatkannya sebagai cerminan tanggungjawab sosial universiti dengan masyarakat secara langsung.

Pelaksanaan misi ini direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Yayasan Mr. DIY, Sinar Mutiara, dan Dato’ Che Mat Che Ismail (CMCI), yang menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bagi menyokong kelancaran program.

48216

Antara pengisian utama termasuk sesi ramah mesra bersama penduduk, aktiviti permainan interaktif untuk kanak-kanak, serta pengagihan makanan dan barangan keperluan kepada setiap keluarga.

48215

48213

Sambutan positif daripada komuniti Batek membuktikan kejayaan misi ini, yang bukan sahaja memperkukuh hubungan antara universiti dan masyarakat, malah menegaskan komitmen dalam usaha membangunkan komuniti, khususnya di kawasan pedalaman.

Teks & Foto: Dr. Miharaini Md Ghani, Pusat Pengajian Komunikasi, USM

  • Created on .
  • Hits: 100

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025