USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AKTIVITI SUKAN KAMPUS PACU KESEJAHTERAAN WARGA USM, SOKONG SDG

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.09.20 af17b05f
PULAU PINANG, 14 Ogos 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranan sukan sebagai pemangkin kesejahteraan warga kampus melalui penganjuran Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) dan 4 Penjuru USM 2025 yang melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang baru-baru ini.

Kejohanan yang menjadi tumpuan warga staf USM saban tahun itu melibatkan penyertaan aktif daripada semua kampus termasuk Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam.

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.00.01 3db2635d

Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Azlan Amran berkata, sukan bukan sekadar gelanggang untuk bersaing, malah menjadi platform pembangunan insan yang membina keyakinan, mengurangkan tekanan kerja, memperkukuh jaringan sosial dan membentuk budaya kerja sihat.

“Penglibatan aktif warga staf USM dalam aktiviti kesukanan adalah pelaburan penting universiti demi memastikan staf kekal cergas, sihat, dan seimbang dari segi emosi serta sosial,” katanya ketika merasmikan majlis penutup di Setia Spice Convention Centre di sini, baru-baru ini.

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.05.35 127db5ad

Hadir sama ke majlis yang meraikan para atlet yang merangkul kejayaan dalam pelbagai jenis sukan itu ialah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff; Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim; Pegawai-pegawai Utama Universiti, Ketua-ketua Zon, Konvenor-konvenor Sukan dan sebagainya.

Azlan turut menegaskan temasya ini secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutamanya SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik, selain menyumbang kepada SDG 5: Kesaksamaan Jantina, SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi, serta SDG 17: Perkongsian Untuk Mencapai Matlamat.

Mohd Azizudin dalam ucapannya pula menyifatkan sukan adalah pelaburan jangka panjang dalam membina komuniti kerja yang positif, cergas dan produktif.

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.01.48 6a94f283

“Kita tidak mahu hanya menjadi cemerlang di bilik mesyuarat atau makmal semata-mata, tetapi juga mahu warga USM dikenali sebagai kelompok profesional yang sihat tubuh badan dan cerdas minda.

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.02.29 467550d9

“Saya teruja dan bangga melihat penyertaan yang begitu menggalakkan dalam kejohanan tahun ini,” ujar beliau.

Tambahnya, semangat juang, disiplin, kerjasama berpasukan dan saling menyokong yang dipamerkan di padang, gelanggang, dan trek perlumbaan adalah antara nilai-nilai yang perlu dipupuk secara berterusan dalam budaya kerja di USM.

Dalam pada itu, Kejohanan Sukjap dan Sukan 4 Penjuru  dianjurkan dengan kerjasama erat pelbagai pihak termasuk Pejabat Pendaftar, Pusat Sukan dan Rekreasi, Ketua Zon, konvenor, pengurus pasukan serta barisan atlet staf yang menjadi nadi kejayaan penganjuran.

WhatsApp Image 2025 08 14 at 13.05.10 c58ebf58

Pasukan Zon 6 menjuarai SUKJAP 2025 dengan pungutan 5 emas, 2 perak dan 5 gangsa manakala Zon 10 di tempat kedua dengan pungutan 4 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Zon 2 menduduki tempat ketiga dengan pungutan 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Manakala keputusan Penuh Sukan 4 Penjuru USM 2025 adalah seperti di bawah:

PETANQUE BERPASUKAN WANITA

Johan: Kejuruteraan

N. Johan: Induk

Ke-3 bersama: Kesihatan dan IPPT/PPUSMB

PETANQUE BERPASUKAN LELAKI

Johan: Kejuruteraan

N. Johan: Kesihatan

Ke-3 bersama: Induk dan IPPT/PPUSMB

BADMINTON BERPASUKAN

Johan: Induk

N. Johan: Kesihatan

Ke-3: Kejuruteraan

BOLA TAMPAR WANITA

Johan: Kesihatan

N. Johan: Induk

Ke-3: IPPT/PPUSMB

BOLA TAMPAR LELAKI

Johan: Kesihatan

N. Johan: Induk

Ke-3 bersama: Kejuruteraan & IPPT/PPUSMB

FUTSAL WANITA

Johan: Kesihatan

N. Johan: Induk

FUTSAL LELAKI

Johan: Kesihatan

N. Johan: Induk

Ke-3: Kejuruteraan

TENPIN BOWLING BERPASUKAN

Johan: Induk

N. Johan: Kejuruteraan

Ke-3 bersama: Kesihatan dan IPPT/PPUSMB

Kemaskini 09/08/2025

Teks: Marziana Mohamed Alias/ Foto: Nirmaryadi Rashid, BHEPA, USM 

  • Created on .
  • Hits: 162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025