USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN EXCELERATE METERAI MoU PERKASA GRADUAN HADAPI EKONOMI DIGITAL

897d1630 3a68 4cdf a9bb 1da41ddbdd24

USM PULAU PINANG, 30 Julai 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Excelerate Sdn. Bhd. bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperkasa dan menguasai kemahiran digital, selari dengan keperluan ekonomi masa hadapan.

75eb4949 ec00 45fb a3ce 3ce1bad0416c

582cdce2 148f 4296 91ce 34aa156c602b

Melalui kerjasama ini, para pelajar USM berpeluang mengikuti latihan kemahiran digital seperti analisis data, reka bentuk pengalaman pengguna (UX Design), keselamatan siber dan lain-lain, yang secara langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan serta mempersiapkan mereka menghadapi permintaan industri semasa.

Pengerusi Excelerate, YAM Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz berkata, Excelerate merupakan sebuah organisasi yang berfokus kepada transformasi kemahiran untuk memperkasakan tenaga kerja masa depan.

f9f2e15c 5b2b 40f1 baee 04e497aeff0a

“Kemahiran merupakan faktor penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Excelerate telah melatih lebih daripada 6,000 profesional dalam pelbagai bidang seperti pengekodan, reka bentuk, keselamatan siber, komunikasi dan pengurusan produk, merentas lebih 600 organisasi,” titah baginda.

“Program ini menekankan pembangunan kemahiran praktikal dan pemikiran inovatif bagi memastikan para pelajar bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital. Menerusi inisiatif K-Youth, kami berharap dapat merapatkan jurang kemahiran dan memperluas peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor teknologi,” tambah baginda.

858f02cc a118 469e 92b9 0e048b34cbab

Baginda berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pertukaran MoU yang berlangsung di sini baru-baru ini. Hadir mewakili USM ialah Naib Canselornya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Baginda turut menyuarakan keterujaan Excelerate untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi terkemuka seperti USM.

055a6220 6e6b 478d ae63 386175caaf61

Dalam pada itu, Abdul Rahman pula menyifatkan kerjasama ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam membina masa depan graduan yang lebih kompetitif.

“MoU ini menandakan usaha signifikan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan kita. Ia menumpukan kepada penyediaan latihan kemahiran masa depan dan membantu pelajar memperoleh pekerjaan selepas tamat pengajian,” katanya.

ca5da867 80e8 40ff 9a85 d80d81528ac8

Tambah beliau lagi, pendekatan kolaboratif antara universiti dan industri berupaya mewujudkan nilai yang mampan, bukan sahaja untuk pelajar malah turut menyumbang kepada pembangunan ekosistem bakat negara.

“Di USM, kami percaya bahawa kerjasama erat dengan rakan industri merupakan kunci utama dalam mencipta nilai berkekalan, bukan sahaja kepada pelajar kami, malah kepada kemajuan bakat negara secara menyeluruh,” jelas beliau.

Excelerate, yang dahulunya dikenali sebagai General Assembly, merupakan peneraju dalam bidang transformasi tenaga kerja digital.

bc981497 5b40 4561 856b 60e7e386d01c

b667d45a cacf 49c0 838b 72f63190137f

Usaha sama ini membuka peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara langsung dalam latihan industri sebenar, sekali gus membina jaringan profesional dan kerjaya yang kukuh.

Dengan termeterainya MoU ini, USM terus menzahirkan komitmen memperkasa modal insan negara serta melahirkan graduan yang bersedia menghadapi perubahan landskap kerjaya melalui pendedahan awal kepada latihan dan kemahiran digital berimpak tinggi.

663d86de be9a 49d7 b276 b659cbb70b89

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah Excelerate Sdn. Bhd., Andrew Pereira; Ketua Pegawai Eksekutif Excelerate Sdn. Bhd., Nabila Hassan; Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar USM, Profesor Dr. Azizah Omar; pegawai-pegawai kanan Excelerate dan USM; serta para pelajar.

Teks: Muhammad Iman Daniel Muhammad Asrul, Pelajar Latihan Industri MPRC/ Suntingan: Marziana Mohamed Alias, MPRC/ Foto: Mohd Fairus Md Isa, MPRC

  • Created on .
  • Hits: 152

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025