USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NADA-NADA MURNI: KONSERT AMAL USM JAZZ BAND SELAMI SETIAP FASA KEHIDUPAN MELALUI PERSEMBAHAN MUZIK

USM PULAU PINANG, 13 Julai 2025 – Konsert amal adalah pengalaman emosi yang kompleks dan bermanfaat. Ia menggabungkan kuasa penyembuhan dan penyatuan muzik dengan kemahuan manusia untuk berbuat baik, meninggalkan kesan emosi yang berkekalan kepada semua yang terlibat. Ia mengingatkan kita bahawa seni dan kemanusiaan boleh bersatu untuk mencipta impak yang luar biasa.

WhatsApp Image 2025 07 30 at 17.06.05 53ac5b32

Melibatkan penyertaan bakat pelajar lebih 100 orang merangkumi pemuzik, protege, pelajar SMK Bukit Jambul, pelajar muzik UiTM dan alumni, serta Azreen Harlina Azizan sebagai konduktor muzik, persembahan pelbagai genre yang unik telah membawa penonton untuk bersama-sama merenung erti ketabahan dan kekuatan dalam diri.

WhatsApp Image 2025 07 30 at 17.06.06 acbd5a11

Gabungan yang mengagumkan antara muzik moden dan seni visual diperkaya dengan persembahan tarian penuh emosi telah membawa hampir lebih 1,000 penonton yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur menyelami setiap fasa kehidupan di dalam Konsert Amal Tahunan USM Jazz Band yang ke-27 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Kampus Induk, semalam.

WhatsApp Image 2025 07 30 at 17.06.06 fd9f3794

Bertemakan ‘Titanium’ – Ketabahan dan Kekuatan, setiap not muzik yang dimainkan dan setiap gerakan tarian yang dipersembahkan bagaikan menceritakan setiap kehidupan yang sarat dengan penuh makna.

WhatsApp Image 2025 07 30 at 17.06.05 b128e44a

Wakil Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Nur Nadiah Baharom, dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar atas sumbangan sebanyak RM5,000 ini.

“Kami benar-benar terharu melihat betapa tingginya rasa empati dan keprihatinan anda semua yang masih bergelar mahasiswa/I; moga kesedaran sosial akan sentiasa kukuh kekal dalam diri semua,” ujarnya lagi.

Turut hadir adalah Pengarah, Pusat Pembangunan Pelajar, BHEPA, USM, Profesor Dr. Azizah Omar; Presiden, Penang Jazz Society, Jerome Quah; Timbalan Pengarah, Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM, Tan Ewe Hoe; Penyelaras Dewan Budaya merangkap Penasihat USM Jazz Band, Norhelmi Othaman; Mantan Pengarah, Dewan Budaya, Ramnah Ramli; President USM JazzBand, Liew Shao Yuet; dan barisan pegawai utama universiti.

Teks & Foto: Unit Media dan Penerbitan BHEPA, USM

  • Created on .
  • Hits: 107

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025