USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MPU 2025 PLATFORM MERAIKAN KEUNGGULAN DAN KECEMERLANGAN WARGA USM

129c591a e32e 4dda 85b5 004d97aaddbe

PULAU PINANG, 4 Julai 2025 - Majlis Penghargaan Universiti (MPU) 2025 disifatkan sebagai satu platform penting bagi meraikan dan mengiktiraf pencapaian serta sumbangan besar yang dicurahkan warga Universiti Sains Malaysia (USM) kepada institusi.

Penghargaan khas yang menjadi acara tahunan universiti itu bukan sekadar medan meraikan kecemerlangan, malah ianya amat signifikan bagi menyuntik motivasi warga staf ke arah membudayakan dedikasi tinggi dan mutu kerja cemerlang.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, kecemerlangan berprestasi tinggi serta bertaraf global kini menjadi satu keperluan dalam landskap pendidikan tinggi yang kian mencabar.

15437ec3 ebe1 4f54 9f6b 0fdea3c72d54

Katanya, dalam usaha untuk mengangkat USM ke pentas dunia dan membawa dunia ke USM, setiap sumbangan yang dizahirkan oleh warga universiti amat dihargai, selain berharap iltizam yang ditunjukkan akan sentiasa diperkasa.

“Saya berharap keupayaan berfikir secara strategik, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara efektif akan menjadi indikator keberkesanan penyampaian perkhidmatan kita.

aaabfa5b 6b2a 40ff b509 33d3ecff670c

“Pembudayaan kerja berprestasi tinggi dalam suasana kerja berpasukan yang harmoni serta indeks kebahagiaan yang tinggi harus menjadi tunjang kepada kejayaan berterusan universiti,” jelas beliau lagi.

Abdul Rahman berkata demikian ketika hadir meraikan dan menyampaikan anugerah kepada semua penerima dalam majlis khas yang berlangsung penuh meriah di Setia SPICE Convention Centre, di sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat, Profesor Dr. Habibah Abdul Wahab, Profesor Dr. Azlan Amran, Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff, ketua-ketua jabatan USM dan sebagainya.

6f84c1a8 43eb 4167 ad5a 01dbf2407ac4

416346cc ec9c 4d66 98b9 2118f14f6cbd

Tambah beliau, tahun ini adalah ulang tahun ke-56 penubuhan USM, sejak diasaskan pada tahun 1969 dan sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran telah ditempuh dengan jayanya hasil daripada kesungguhan, kebersamaan dan komitmen warga USM.

Dalam pada itu, MPU 2025 menyaksikan seramai 375 orang warga staf cemerlang dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

6af0e078 b342 480e a0d9 74896ae20e71

301761af d413 48a2 b845 70ac4f8c0558

d0c26b6e 0416 4d4c b569 40c4cbabb9d8

Daripada jumlah itu, 101 penerima adalah dalam kalangan staf akademik, 55 orang staf pengurusan dan profesional, serta 219 staf pelaksana.

Selain APC, seramai 118 penerima telah dianugerahkan dengan Anugerah Sanjungan Budi yang melibatkan 22 staf akademik, 17 staf pengurusan dan profesional dan 79 staf kumpulan pelaksana.

55ce371c fc56 4cf1 8de6 96ec5453bc8b

5e43ff10 3e41 4dea 9a98 e8fa455aad17

Kesemua penerima anugerah telah diberikan insentif penghargaan berupa wang tunai yang dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing, menggantikan pemberian Sijil Simpanan Premium BSN yang digunakan sebelum ini.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md. Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 74

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024