USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAJLIS ANUGERAH SUKAN KALI KE-44 RAI KECEMERLANGAN ATLET DAN JURULATIH UNIVERSITI

513245346 1216210503879030 970880975919821663 n

PULAU PINANG, 8 Julai 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengangkat martabat sukan Universiti menerusi penganjuran Majlis Anugerah Sukan Kali Ke-44 yang berlangsung penuh gemilang di sini baru-baru ini.

Majlis bertemakan “Inspiring Greatness, Celebrating Legacy” itu dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, yang turut menyampaikan penghargaan kepada para atlet, jurulatih dan pasukan atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun 2024.

513505854 1216210407212373 4017647412986618918 n

Sebanyak 13 kategori anugerah telah disampaikan kepada 147 penerima yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan sukan universiti.

Antara anugerah utama dan penerima yang menjadi tumpuan adalah:

- Olahragawan USM 2024: Amer Daniel Abdul Majeed (Judo)

- Olahragawati USM 2024: Noor Aishah Iskandar (Bola Tampar)

- Anugerah Ungu: Kayalvhily A/P Supramaniam (Memanah)

- Bintang Harapan Lelaki: Muhammad Syahrul Ikram Mohd Razali (Hoki)

- Bintang Harapan Wanita: Khairunisya Mohd Razali (Hoki)


Dalam kategori pasukan pula, antara yang dinobatkan sebagai pemenang adalah:

  • Pasukan Terbaik Lelaki (Kategori 6 Orang dan ke Bawah): Pasukan Petanque
  • Pasukan Terbaik Wanita (Kategori 6 Orang dan ke Bawah): Pasukan Bola Tampar Pantai
  • Pasukan Terbaik Lelaki (Kategori 7 Orang dan ke Atas): Pasukan Hoki


Selain itu, penghargaan khas turut diberikan kepada barisan ketua pasukan dan jurulatih sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan dan usaha gigih mereka dalam membimbing atlet ke puncak kejayaan.

513253304 1216211033878977 288621259014473942 n

Dalam ucapannya, Abdul Rahman menyatakan sokongan padu terhadap pembangunan atlet dan infrastruktur sukan, termasuk projek penggantian lampu limpah Stadium Olahraga USM yang bakal memberi manfaat kepada sesi latihan dan kejohanan malam dalam persekitaran yang lebih selamat dan profesional.


“USM akan terus komited untuk menyediakan ekosistem sukan yang holistik dan inklusif demi membentuk graduan serba lengkap dan atlet yang mampu mengharumkan nama negara,” ujar beliau.

511519152 1216210587212355 3509377346032501310 n


Turut hadir memberikan sokongan ialah pemangku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlan Amran serta ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan USM dan rakan-rakan strategik.


Majlis turut menyanjung jasa dua individu menerusi Anugerah Jasa Budi yang disampaikan kepada mantan staf Unit Sukan dan Rekreasi USM, Makhtar Abdul Rahman dan Zainudin Abd Kadir atas sumbangan besar mereka sepanjang berkhidmat di unit tersebut.

511993183 1216210820545665 8862138272914490877 n


Majlis ini juga menyaksikan pelancaran rasmi Logo Anugerah Sukan USM, simbol baharu kepada iltizam dan identiti sukan universiti yang progresif, berdaya tahan dan berwawasan.

Majlis Anugerah Sukan turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Adikarma USM, tayangan montaj pencapaian atlet serta kehadiran rakan penaja dan strategik seperti Nestle Products Sdn. Bhd., Optimum Capacity Sdn. Bhd., Maybank Islamic Berhad, Elgini Apparel Sdn. Bhd., Bank Simpanan Nasional, Edaran Tan Chong Motor (Utara) Sdn. Bhd., serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


Sebagai sebuah institusi yang sentiasa menyokong kecemerlangan sukan, USM terus memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan atlet negara.

511265595 1216210683879012 5083117764093938749 n

512678308 1216210273879053 4750014941404383923 n



Tema majlis ini turut menzahirkan bahawa sukan bukan sahaja berkisar tentang kemenangan, tetapi juga pembentukan karakter, pengukuhan nilai murni dan pemartabatan nama universiti.

 

Teks: Hema Vathi Kumaraguru, Pelajar Internship MPRC/ Suntingan: Marziana Mohamed Alias/ Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq (MPRC)

 

 

  • Created on .
  • Hits: 63

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024