USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BENGKEL PEMANTAPAN KOMUNIKASI PERKASA PERANAN STRATEGIK PEGAWAI KOMUNIKASI KORPORAT

515052029 1220697766763637 8024211051492088804 n

USM PULAU PINANG, 30 Jun 2025 – Lebih 60 pegawai komunikasi korporat Universiti Awam (UA) dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memanfaatkan masa bagi mengikuti Bengkel Pemantapan Komunikasi KPT 2025 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Bengkel anjuran KPT dengan kerjasama USM selaku hos itu diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kecekapan pegawai komunikasi, memperkasa strategi promosi, serta memperluas jaringan publisiti berkaitan program dan pencapaian institusi-institusi pendidikan tinggi di bawah seliaan KPT.

b9613c17 7aee 4255 8d20 839ec90b1916

Para peserta turut diberi pendedahan melalui dua sesi pembentangan khas yang dikendalikan oleh figura berpengalaman luas dalam bidang media.

Sesi pengisian bengkel dimulakan dengan pembentangan bertajuk “Utilisasi Media dalam Pengurusan Persepsi Semasa Krisis” yang disampaikan oleh Mantan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Badrul Hisham Othman.

2V4A6565

Beliau berkongsi pengalaman dan pendekatan dalam mengurus persepsi awam ketika berdepan isu kritikal bersama para peserta.

Sesi diteruskan dengan pembentangan bertajuk "Pengurusan Media Strategik dan Penyampaian Naratif Institusi Pendidikan Tinggi,” yang disampaikan oleh Editor Kanan Astro Awani, Tuan Haji Nazri Kahar.

2V4A6623

Beliau dalam pembentangannya menekankan kepentingan naratif yang tersusun dalam memperkukuh reputasi institusi pendidikan tinggi serta memanfaatkan platform media arus perdana dan digital secara optimum.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Norazli Md Daud, hadir sama bagi berkongsi input dalam sesi yang turut berperanan dalam memperkasa jaringan di antara pegawai-pegawai komunikasi korporat di bawah KPT.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya menyatakan keyakinan bahawa latihan seumpama ini mampu meningkatkan kesiapsiagaan pegawai komunikasi dalam menangani cabaran komunikasi semasa serta menyampaikan mesej kementerian dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

79e650d0 8769 4bc3 b382 747ce426b8a8 2

Bengkel ini turut menzahirkan komitmen KPT dalam memperkukuh barisan hadapan komunikasi strategik, selaras dengan usaha kerajaan mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada rakyat secara telus, tepat dan pantas.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md Isa & Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq

  • Created on .
  • Hits: 88

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024