USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA ZAKAT RM200K DARIPADA PETRONAS: SUMBANGAN PERKASA KEBAJIKAN WARGA ASNAF

WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.19 87e40187
USM, PULAU PINANG, 25 JUN 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM200,000 daripada PETRONAS, sebagai satu usaha murni dalam menyokong kebajikan golongan asnaf dalam kalangan warga kampus.
WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.22 b1841700

Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh wakil PETRONAS iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd., Puan Khalidah Ambiah kepada Pengarah Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq (ZAWAIN) USM, Dr. Nazrul Hassan, dengan disaksikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.21 05d34ec5

Abdul Rahman dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas sumbangan ikhlas PETRONAS yang disifatkan amat bermakna buat warga kampus yang memerlukan.

“Sumbangan ini bukan sahaja besar dari segi jumlahnya, tetapi tinggi nilai dan maknanya dalam meringankan beban kewangan pelajar-pelajar asnaf kita yang amat memerlukan.

“Ia juga bukan sekadar satu bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sangat berkesan, malah menjadi lambang keprihatinan berterusan PETRONAS dalam memperkasa akses pendidikan dan memperkukuh amalan tanggungjawab sosial korporat,” ujar beliau.

Sementara itu, Khalidah pula berkata, sumbangan ini adalah sebahagian daripada peruntukan zakat PETRONAS kepada golongan pelajar asnaf yang layak di USM.
WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.20 42617e46

“Kami amat berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sedikit sebanyak meringankan beban para pelajar. Semoga hubungan baik antara PETRONAS dan USM akan terus diperkukuh dan berpanjangan,” jelas beliau.
WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.20 350bee46

Mewakili golongan pelajar, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM, Mohd Arif pula menyatakan penghargaan mahasiswa terhadap keprihatinan PETRONAS.

“Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menyuntik semangat kepada mahasiswa untuk terus berusaha dan tidak berputus asa walaupun dalam kesempitan.

“Ia juga menyemai rasa tanggungjawab untuk membalas kebaikan ini satu hari nanti dengan kembali kepada masyarakat,” katanya.
WhatsApp Image 2025 06 25 at 15.09.19 9aa80502

Turut hadir dalam majlis itu ialah delegasi PETRONAS Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. termasuk Ahli Pengurusan Kanan merangkap Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Mollyna Che Ani, Pegawai Kebajikan Sosial Wilayah Utara Wan Fauzi Wan Mohamad, dan Eksekutif Komunikasi Korporat Tuan Nor Asma Tuan Hassan dan sebagainya.

Teks: Nur Athirah Md Salleh (Pelajar Latihan Industri MPRC)

Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 82

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024