USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PESTA PULAU MUTIARA 2025 MENYELUSURI WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM LENSA 80-AN

1437c138 b96b 41a0 88ee 7fa14a5e4855

USM PULAU PINANG, 21 Jun 2025 – Pesta Pulau Mutiara 2025 anjuran Gabungan Anak Pulau Pinang Universiti Sains Malaysia (GAPP USM) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Tuanku Syed Putra, USM pada malam tadi.

Bertemakan “Lensa Tahun 80-an: Memori yang Berkilau”, program tersebut membawa penonton menyelusuri semula era 80-an yang sarat dengan nilai budaya, warisan, dan semangat kolektif masyarakat Pulau Pinang.

5a26df17 2924 4025 8b63 a4a49c200c68

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Azlan Amran, yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, mewakili Naib Canselor USM.

Azlan berkata, Pesta Pulau Mutiara ini menjadi wadah penting untuk memperkenalkan dan memartabatkan keindahan budaya negeri ini kepada warga kampus dan masyarakat luar.

“Ia bukan sekadar sebuah perhimpunan kebudayaan, tetapi juga simbol perpaduan, semangat kesukarelawanan dan kecintaan terhadap tanah air,” ujar beliau dalam ucapannya.

0305fd40 ec43 46df 9119 e4a0f16bfb27

3c6276d9 c08b 442b bf35 ea1a6c266c7a

7863f797 3fc9 4948 a908 99f61bf15edb

Beliau menyeru pelajar-pelajar khususnya pelajar USM untuk melibatkan diri dengan lebih banyak dalam program atau aktiviti pengantarabangsaan.

Di samping itu, Pengarah Projek, Mohamad Nor Syazwan Zawawi, menyatakan bahawa pesta ini bertujuan meraikan serta mempersembahkan warisan dan budaya negeri Pulau Pinang, sekali gus mengajak kita kembali menghayati nilai-nilai budaya melalui lensa warisan yang kian dilupakan.

46225b18 94b5 4ca8 834e 2b20c6cdb14c

16ef9733 3b0a 45f5 8fef 8ef040b68310

c931f7aa 9b1f 4f8a ac72 c9f8c8c81859

“Budaya bukanlah sekadar hiburan, ia merupakan cerminan jiwa bangsa, penyatu rasa, dan asas kepada keharmonian negara,” tambahnya.

Pesta turut dimeriahkan oleh persembahan kebudayaan negeri Pulau Pinang seperti Boria Pulau Pinang, TeoChew Iron-Rod Puppet, Silat Gayong, Pantun Cerita, Joghee, dan persembahan daripada artis jemputan Malaysia.

b6e87de2 229e 4205 9f65 3ebf1e8ab1b6

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Dr. Hazrul Abdul Hamid; Penasihat GAPP USM, Profesor Madya Kehormat Dr. Sayuti Hassan dan NorAzizah Rosli; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, Muhamad Arif Esa; Yang Dipertua GAPP USM, Nabilah Adibah Mohd Jamil; dan pegawai-pegawai utama Universiti.

Teks: Muhammad Iman Daniel Muhammad Asrul, pelajar latihan industri Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) USM/Foto: Shahnizam Ab Rahim  

  • Created on .
  • Hits: 78

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024