USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAYSIA – THAILAND: MPP USM DIPILIH SERTAI PROGRAM PERTUKARAN ILMU INTERNATIONAL STUDENT LEADERSHIP CAMP 

504273181 1204521474805811 7253551306034992661 n

BANGKOK, THAILAND, 6 Jun 2025 - Selari dengan fokus dan hala tuju Kementerian dalam memperkasakan kemejadian mahasiswa/i melalui Fokus 1: Penyediaan Bakat Terbaik Negara dan Fokus 4: Governan dan Kepimpinan, dua wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih untuk menyertai Program Student Leadership Camp Antarabangsa bertempat di Siam University, Bangkok Thailand bermula 4-6 Jun 2025.

Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Universiti Sains Malaysia (USM), Muhamad Arif Es dan Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Universiti Sains Malaysia (USM), Alka Kaur Sandhu, menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi maklumat bersama delegasi pelajar dari luar negara lain yang terlibat.

503753498 1204521638139128 853328202839657921 n

Perkongsian ini membabitkan beberapa inisiatif dan projek kelestarian kampus yang telah diamalkan di USM.

Bertemakan Bandar dan Komuniti Mampan, program yang berlangsung selama 3 hari itu turut melibatkan bengkel kepimpinan, aktiviti silang budaya, lawatan ke projek komuniti di sekitar Bangkok dan lawatan ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

503698389 1204521594805799 5742022568577974621 n

Penganjuran bersama oleh Siam University dengan kerjasama antara ACD University Network (ACD-UN) dan World Federation of United Nations Association (WFUNA) telah berjaya menghimpunkan seramai 62 wakil pemimpin pelajar dari 12 negara asia.

Peserta-peserta terpilih yang hadir ini adalah terdiri daripada wakil 25 buah universiti negara asia yang mengambil bahagian bertujuan memperkasakan kefahaman dan peranan pemimpin mahasiswa/i dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

503565455 1204521531472472 7412241581326913742 n

Hadir merasmikan program ialah Ketua Penyelaras Wilayah World Federation of United Nations Association (WFUNA), Youngjae Kim. Turut hadir bersama ialah President, Siam University merangkap Pengarah Eksekutif ACD-UN., Dr. Pornchai Mongkhonvanit,

Sementara itu, Arif turut merasa berbesar hati kerana diberi peluang hadir ke program ini.

504109183 1204521508139141 205941339457933573 n

504818147 1204521618139130 6508132183765886481 n

“Selain dapat memperluas jaringan kepimpinan pelajar serantau, ianya membuka ruang kepada saya untuk berkongsi dan mempelajari pelbagai inisiatif berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diamalkan di universiti lain, khususnya dalam membentuk bandar dan komuniti yang lebih lestari dan inklusi,” jelas Arif.

Pada masa yang sama, Alka berpendapat program ini telah memberi pengalaman menarik melalui hubungan jaringan baharu antara belia serantau asia.

503415254 1204521491472476 7753615355596287732 n

Beliau dapat melihat dari sudut perspektif perubahan iklim dalam setiap negara asia dan tumpuan cadangan penyelesaian masalah dalam kumpulan mengenai isu plastik sekali guna.

Teks: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM
Suntingan: Nurhidayah Nayan, Pelajar Latihan Industri, Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM
Foto: Muhamad Arif Esa, YDPMPP USM
  • Created on .
  • Hits: 85

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024