USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TURUT BERDUKACITA, ZAHIR KESEDIAAN SALUR BANTUAN

505703371 1202067018626712 5189783670021197415 n

USM PULAU PINANG, 9 Jun 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di daerah Gerik, Perak, seperti yang dilaporkan media awal pagi tadi.

Memetik laporan media, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam insiden tersebut, selain turut mengakibatkan penumpang lain mengalami kecederaan.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, seluruh warga USM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa atas dugaan yang sangat besar ini.

Beliau berkata, sebagai rasa simpati bersama UPSI, USM telah dari awal bersedia menyalurkan bantuan yang diperlukan termasuk menyediakan perkhidmatan dua buah van jenazah bagi membantu pihak UPSI untuk pengurusan membawa pulang jenazah ke kampung halaman masing-masing.

90983e29 d13f 4097 818a 27bdc5227299 1

“USM turut menawarkan beberapa bantuan lain termasuk menempatkan wakil rasmi USM untuk bertemu dan menyampaikan sokongan moral serta menyelaras bantuan logistik dengan pihak UPSI, KPT dan agensi berkaitan,” katanya.

Abdul Rahman turut berharap usaha yang dihulurkan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban semua yang terlibat termasuk keluarga mangsa, pengurusan UPSI dan KPT.

Beliau turut menyeru agar seluruh warga institusi pendidikan tinggi mendoakan segala urusan kesemua mangsa yang terlibat dipermudahkan, selain mendoakan agar keluarga yang diuji dengan kehilangan, dikurniakan kekuatan untuk berdepan detik hiba ini.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 73

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024