USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPJJ IKTIRAF STAF DAN PELAJAR DALAM BIDANG KELESTARIAN SEMPENA SEA 2024

500737031 1210150471121494 3167042250359800857 n

USM PULAU PINANG, 1 Jun 2025 – Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini mengiktiraf staf dan pelajar PPPJJ yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam menerajui pelbagai aspek kelestarian sepanjang tahun 2024 sempena majlis Sustainability Excellence Awards (SEA) 2024.

Penganjuran majlis ini buat julung kalinya pada 29 Mei, adalah sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi, inovasi, dan impak signifikan yang telah dihasilkan melalui inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan kelestarian.

500978080 1210151057788102 5148583492123949862 n

Menurut Dekan PPPJJ USM, Profesor Madya Dr. Zulnaidi Yaacob, majlis ini adalah sebagai satu batu loncatan untuk menggalakkan staf dan pelajar untuk berkecimpung dalam bidang kelestarian di samping memberikan inspirasi kepada yang lain.

“Buat pertama kalinya majlis ini diadakan dan saya sangat kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini yang diketuai oleh Penolong Pendaftar, Nurul Farhana Amir Hamzah,” tambahnya.

501228797 1210152964454578 8576838151652701814 n

501579680 1210151161121425 8776953532126213030 n

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang menyertainya dan semoga lebih banyak penyertaan pada tahun mendatang,” ujarnya.

Sebanyak sembilan kategori telah diperkenalkan termasuk penerbitan, penyelidikan, pengajaran, komuniti, industri, perundingan, institusi-universiti, institusi-PPPJJ dan pelajar, dan sebanyak 19 penyertaan diterima untuk penilaian oleh juri profesional.

Sementara itu, sempena SEA 2024 juga, turut diadakan seminar kelestarian bertajuk “SDG dan Universiti: Menyatukan Ilmu dan Tanggungjawab Sosial” yang telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik (IPSC), Profesor Dr. Saidatulakmal Mohd.

501434001 1210150951121446 7933761571953236901 n

Seminar tersebut memainkan peranan penting dalam memperkukuh pemahaman mengenai agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui sesi ini, warga PPPJJ memperoleh perspektif yang lebih mendalam mengenai tanggungjawab universiti dalam menyumbang kepada kelestarian global.

Di samping itu, seminar tersebut turut memberikan inspirasi kepada warga PPPJJ untuk terus memartabatkan kelestarian serta memperkukuh komitmen terhadap pembangunan mampan, sekaligus mengangkat agenda kelestarian ke tahap lebih tinggi.

501302347 1210151467788061 8256895402723804563 n

501581948 1210151011121440 1856881886095616442 n

Program lain yang turut diadakan adalah sesi penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pusat Pengajian tahun 2024 dan penyampaian hadiah Pertandingan SDE Reusable Bag Challenge.

PPPJJ telah berjaya meraih lima Daun untuk kelestarian pada tahun sebelumnya dan membuktikan komitmen berterusan dalam menerapkan prinsip kelestarian dalam setiap aspek dan operasi PPPJJ.

501305427 1210151611121380 5605128092680356399 n

Dengan penganjuran program ini, PPPJJ berharap dapat terus memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah PTJ berteraskan kelestarian sekaligus memperluaskan impak positif terhadap pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat.

Teks: Nurul Farhana Amir Hamzah/Suntingan: Nor Rafizah Md Zain, PPPJJ USM/Foto: PPPJJ USM  

**Pemohonan kemasukan bagi Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) untuk pengambilan fasa 2 telah dibuka pada 13 Mei 2025 sehingga 22 September 2025! Jom belajar di PPPJJ USM.

Permohonan boleh dibuat melalui https://pohon.usm.my/

  • Created on .
  • Hits: 135

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024