USM METERAI MoU BERSAMA SMART RIZQ EDUCATION, PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK AKADEMIK
USM PULAU PINANG, 26 Mei 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Smart Rizq Education, sebuah institusi pendidikan swasta yang semakin berkembang dalam bidang pembelajaran inovatif dan digital, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Majlis penandatanganan MoU ini telah berlangsung antara Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dengan Pengasas merangkap Pengarah Eksekutif Smart Rizq Education, Nur Izzarul Amira.
Kerjasama strategik tersebut bertujuan untuk memperkukuh jaringan akademik antara kedua-dua institusi, khususnya menjana kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan yang bertemakan Empower, Educate, Evolve.
MoU tersebut turut memperlihatkan komitmen dalam membina hubungan kerjasama yang erat dengan sektor pendidikan swasta, terutamanya dalam mendepani cabaran transformasi digital dalam pendidikan.
Dengan termeterainya perjanjian itu, kedua-dua pihak berharap dapat memenuhi visi dan misi untuk menjadi peneraju pendidikan yang cemerlang di masa hadapan.
Teks & Foto: Pejabat Pembangunan Alumni, BHEPA USM
- Created on .
- Hits: 225