USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PPSK TERIMA ANUGERAH DEKAN: DATO’ KHIZRI SERU PELAJAR BANGGA DENGAN BIDANG SAINS KEMASYARAKATAN

WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.15 PM

USM PULAU PINANG, 26 Mei 2025 – Seramai 345 pelajar cemerlang Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Anugerah Dekan bagi Semester 1 Sidang Akademik 2024/2025 dalam satu majlis penuh bermakna di sini baru-baru ini.

Majlis penuh meriah yang turut menjadi penutup rasmi Minggu Sains Sosial 2025 itu menyaksikan kehadiran Ahli Lembaga Gabenor USM merangkap alumni PPSK, Dato’ Khizri Abu Kassim.

WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.11 PM

Khizri dalam ucapannya menekankan kepentingan semangat kekitaan dan keyakinan diri yang perlu dipupuk dalam setiap diri pelajar, khususnya dalam kalangan pelajar Sains Kemasyarakatan.

“Pelajar dalam bidang ini tidak seharusnya berasa rendah diri atau malu. Sebaliknya, mereka perlu berbangga dengan ilmu yang dipelajari kerana ia memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat seimbang dan progresif,” tegasnya.

Beliau turut menyeru agar semua pelajar terus yakin dan bersedia menempuh masa hadapan yang mencabar dan tanamkan impian untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.15 PM1

Majlis berkenaan turut dihadiri Dekan PPSK, Profesor Madya Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan; Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libat Sama Komuniti-Industri, Profesor Madya Dr. Paramjit Singh Jamir Singh; serta Pengerusi Rancangan Pascasiswazah, Profesor Madya Dr. Radin Firdaus Radin Badaruddin. Para pensyarah PPSK turut hadir memberi sokongan kepada para pelajar.

Dalam pada itu, Mohamad Shaharudin dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kecemerlangan berterusan dalam akademik dan sahsiah.

WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.11 PM1   WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.12 PM1
WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.13 PM   WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.12 PM

“Kami para pensyarah di PPSK sangat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar semua. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih,” katanya.

WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.17 PM   WhatsApp Image 2025 05 27 at 2.15.13 PM1

Majlis Anugerah Dekan ini juga menjadi kemuncak kepada Minggu Sains Sosial 2025 yang menampilkan pelbagai aktiviti akademik, libat sama agensi kerajaan dan swasta, jaringan alumni serta pertandingan inovasi yang dikendalikan oleh persatuan kelab pelajar PPSK.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para penerima anugerah, staf akademik dan tetamu kehormat, mencerminkan semangat kesatuan dan kecemerlangan dalam kalangan warga PPSK.

Teks dan Foto: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM

  • Created on .
  • Hits: 221

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024