USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCAR SUFIEX 3.0: MENJANA MASA DEPAN LESTARI

ec5975b0 ef3f 44b6 9a2f f025eab51cf0

USM PULAU PINANG, 22 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian global menerusi pelancaran Sustainable Future Initiative Exhibition (SUFIEX 3.0) yang berlangsung meriah di Kampus Induk USM, kelmarin.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, yang turut menyampaikan ucapan penuh inspirasi kepada warga kampus dan para pengunjung SUFIEX 3.0.

b0b76ae6 0f77 4107 9cd5 ca50fa78de2f

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti SUFIEX perlu dijadikan landasan berterusan dalam membudayakan pemikiran lestari dalam kalangan generasi muda.

34504b61 d24c 4fa2 880b 63cc0383a811

“Kita tidak boleh hanya menjadi pemerhati, kita perlu menjadi pencetus perubahan,” katanya sambil menekankan kepentingan mencipta penyelesaian mampan bagi mendepani cabaran global yang semakin mendesak.

SUFIEX 3.0 yang dianjurkan oleh Kampus Sejahtera menghimpunkan pelbagai projek inovatif hasil cetusan idea pelajar dan warga universiti yang berpotensi memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar.

“Pameran yang kita saksikan hari ini adalah bukti nyata dedikasi serta komitmen padu mereka terhadap masa depan yang mampan dan lestari,” ujar beliau lagi.

d742c37f 4ec3 473e 946a 83a151c8a0cf

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Azlan Amran, serta Pengarah Projek SUFIEX 3.0, Ahmad Aqmil Asyraf.

SUFIEX 3.0 bukan sekadar sebuah pameran, malah merupakan platform penting yang memupuk kesedaran dan pemahaman mendalam tentang peranan individu dalam penjagaan alam sekitar.

2cc0f18b 37cd 45e6 842f 25e0f6b8c5a5

284ce1ae 9e7d 4536 90f1 622d216dedd6

Ia turut menjadi bukti kesungguhan USM dalam menyokong agenda pembangunan lestari, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

911eac0c 1f24 4f8e a1e2 e20f4bdfd7d2

a74073f8 886f 46ae a0ff 1ef0c4f0f619

Majlis ini diakhiri dengan pelancaran rasmi SUFIEX 3.0 oleh Naib Canselor, disusuli dengan lawatan ke ruang pameran yang mengetengahkan pelbagai inovasi lestari daripada pelajar serta rakan strategik universiti.

Teks: Nur Athirah Md Salleh, pelajar praktikal di Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM/Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq 

  • Created on .
  • Hits: 81

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024