USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SESI PENASIHAT BERSAMA PPP PERKUKUH PERANAN, FUNGSI DAN SKOP TADBIR URUS PERTUBUHAN PELAJAR

497694994 1188988383025787 4324399267460251351 n

USM, PULAU PINANG, 15 Mei 2025 – Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Sektor Latihan, Kepimpinan dan Kesukarelawanan, kelmarin telah menganjurkan sesi taklimat bersama penasihat-penasihat pertubuhan pelajar USM dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi peranan serta fungsi mereka untuk pembangunan mahasiswa dalam konteks berpertubuhan.

Dihadiri hampir 80 penasihat merangkumi staf akademik dan staf bukan akademik daripada 6 kategori utama pertubuhan iaitu persatuan, kelab, sekretariat, anak negeri, desasiswa dan badan beruniform, sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, Profesor Dr. Azizah Omar, selama tiga jam secara dalam talian (Webex).

498237754 1188988419692450 945936931337534295 n

Objektif dan pengisian sesi ini merangkumi peranan dan fungsi Pusat Pembangunan Pelajar melalui pemerkasaan agenda HEBAT; dasar dan mekanisme pengiraan mata MYCSD; fungsi, skop, peranan dan tanggungjawab penasihat pertubuhan pelajar; dan turut ditekankan adalah maklum balas dan cadangan penambahbaikan pengurusan pertubuhan pelajar daripada ahli-ahli sesi.

Kampus Induk USM mempunyai hampir 120 pertubuhan pelajar aktif yang berdaftar secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Sesi ini turut diserikan dengan slot khas oleh Penyelaras Kampus Sejahtera, Dr. Normaliza Abdul Manaf dengan pembentangan mengenai panduan dan pelaporan aktiviti/program kelestarian di USM.

Perancangan berikutnya adalah mengadakan program yang berkonsepkan 'townhall' dan ini akan diteruskan dengan taklimat berikutnya bersama Yang Dipertua dan Majlis Tertinggi pertubuhan-pertubuhan pelajar.

Teks & Foto: Sektor Latihan, Kepimpinan & Kesukarelawanan, Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, USM

  • Created on .
  • Hits: 65

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024