USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN PERDANA MENTERI LAWAT RERUAI USM DI ‘MOHE PAVILION’ LIMA’25

WhatsApp Image 2025 05 21 at 15.57.05 76ce33ad

LANGKAWI, 20 Mei 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini telah melawat reruai Universiti Sains Malaysia (USM) di ‘MOHE Pavilion’ sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25).


WhatsApp Image 2025 05 21 at 15.57.05 aeea85cb

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Pada pameran tersebut, Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM turut terlibat dalam mempamerkan produk inovasi berimpak tinggi iaitu dron Emergency Response and Disaster Support (ERDS).

Produk tersebut berfungsi untuk menyampaikan bantuan segera seperti pelampung, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain ke kawasan terjadinya bencana seperti banjir.

Dron itu boleh beroperasi dalam mod penerbangan separa atau autonomi sepenuhnya dengan jarak penerbangan sekitar 5 kilometer.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan bagi memastikan bantuan dihantar dengan tepat ke lokasi yang ditetapkan.


WhatsApp Image 2025 05 21 at 15.57.05 af089d9d

LIMA’25 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi ini merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara.

Acara dwitahunan ini bukan sekadar pertunjukan teknologi, tetapi juga platform strategik yang mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesiapsiagaan pertahanan, inovasi, dan kerjasama antarabangsa.

LIMA’25 yang memasuki edisi ke-17 pada tahun ini berlangsung dari 20 hingga 24 Mei dan merupakan penganjuran terbesar sejak ia diperkenalkan pada 1991.


WhatsApp Image 2025 05 21 at 15.57.05 3bfbb38f

Pameran kali ini menampilkan lebih 600 pempamer dari seluruh dunia, menjadikannya antara acara industri pertahanan dan aeroangkasa paling berprestij di Asia Tenggara.

Teks dan Foto: Ihsan Profesor Dr. Mohd Azmier Ahmad, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM/Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 

  • Created on .
  • Hits: 104

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024