USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM BANTU GELANDANGAN AKAN DIPERLUAS

IMG 0450

PULAU PINANG, 21 Jun 2015 - Program membantu gelandangan yang diadakan sejak tiga tahun lalu akan diperluaskan dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dengan melibatkan lebih ramai menyertainya.

Bercakap selepas selesai mengadakan acara Salam Sahur anjuran Briged Sukarelawan USM awal pagi ini, Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, aktiviti seperti ini penting untuk pelajar lebih memahami dan merasai denyut nadi masyarakat dengan melihat sendiri nasib segolongan manusia yang tidak bernasib baik dan memilih jalan hidup seperti gelandangan.

IMG 0417

IMG 0455

"Program ini yang dilihat sangat berfaedah ini akan diperluaskan terutamanya dalam kalangan mahasiswa baharu melalui Program Siswa Lestari dan melibatkan juga kepakaran lebih ramai pensyarah dalam membantu mereka yang mungkin tidak bernasib baik," kata Naib Canselor.

Program yang bermula jam 12.00 tengah malam itu melibatkan kira-kira 150 orang pelajar dan kira-kira 20 orang staf universiti termasuk para pensyarah, pegawai USM serta ahli-ahli USM Super Bikers yang menunggang motosikal berkuasa besar yang turut sama dalam program mengagihkan makanan kepada gelandangan sekitar Bandaraya Georgetown Pulau Pinang antaranya di kawasan KOMTAR, Padang Kota, Pasar Chow Rasta dan kawasan sekitarnya.

Lebih 300 bungkus makanan yang dimasak sendiri oleh para sukarelawan diedarkan dalam tempoh 3 jam aktiviti itu berlangsung.

IMG 0462

IMG 0469

IMG 0472

Pada siangnya mereka mengedarkan kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk sekitar kawasan kampus dan Gelugor yang dimasak sejak awal pagi.

Untuk pertama kalinya juga seramai 44 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut serta dalam acara ini.

IMG 0480

IMG 0501

IMG 0491

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato' Dr Adnan Hussein gembira kerana aktiviti ini mendapat sambutan hangat pelajar.

"Yang penting bukan hanya menghulur makanan tetapi sedar bahawa terdapat sekumpulan manusia yang tidak bernasib baik di sekeliling kita dan anak-anak muda kita sedia menghulur bantuan dan sumbangan sepanjang masa," kata Adnan.

 DSC8397

 DSC8402

Sementara itu, Pengarah Projek Nurul Shahida Mohd Zaki, 20, berkata program ini diadakan bertujuan membudayakan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

"Kami ingin melahirkan mahasiswa dan siswazah yang memahami masalah masyarakat, merasainya dan sedar bahawa hakikat ilmu bukan hanya terdapat di dewan kuliah tetapi juga di dalam lapangan sebenar," kata pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) tersebut.

IMG 0476

IMG 0477

Turut sama dalam program ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Pengarah (Pembangunan Pelajar) Dr. Nazaruddin Zainon dan Pegawai Undang-undang USM Khairul Anuar Che Azmi. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1612

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024