SESI CABUTAN UNDI KERJA BAIKPULIH 2025 ANJURAN JPPF USM BERJALAN LANCAR
USM PULAU PINANG, 7 Mei 2025 – Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Universiti Sains Malaysia (USM), meneruskan tradisi tahunannya dengan menganjurkan Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih JPPF 2025 yang berlangsung di Auditorium Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) USM.
Sesi kali ini mencatatkan penyertaan sebanyak 842 kontraktor dari seluruh Pulau Pinang, dengan jumlah tawaran kerja berjumlah RM3,305,812.00 yang merangkumi bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah JPPF USM, Ar. Zalena Abdul Aziz; Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang, Muhammad Ridzuan Rahim; wakil Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Pulau Pinang, Datin Rosmariah Ishak; serta pegawai-pegawai utama universiti.
Sesi Cabutan Undi Kerja Baikpulih USM ini yang telah memasuki tahun keempat penganjurannya, bukan sekadar proses pemilihan kontraktor—ia juga mencerminkan komitmen USM terhadap akauntabiliti, integriti, dan ketelusan dalam pengurusan fasiliti.
Pihak universiti sentiasa menekankan kepentingan integriti, memastikan tiada unsur rasuah dalam pemilihan kontraktor.
Kontraktor yang terpilih juga diingatkan untuk mengekalkan kualiti kerja yang tinggi dan menepati jadual yang telah ditetapkan.
Teks: Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USM
- Created on .
- Hits: 104