LENTERA ADAT PEPATIH 2025: “ALUNAN SIMFONI TRADISI, IRAMA WARISAN NUSANTARA”

PULAU PINANG, 10 Mei 2025 – Perkumpulan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Universiti Sains Malaysia (PERMANIS USM) telah menganjurkan Festival Caklempong Warisan: Lentera Adat Perpatih 2025 yang merupakan acara bertujuan mengangkat seni budaya tradisional sebagai lambang keunikan warisan Melayu.
Acara tersebut diadakan di Dewan Pelinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia dengan membawa moto: Simfoni Tradisi, Alunan Irama Warisan Nusantara.
Festival ini menonjolkan seni muzik caklempong sebagai warisan berharga yang perlu dipelihara dan dikembangkan kepada generasi akan datang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Insan, Yayasan Negeri Sembilan, Yan Nor Fazliana Fahti yang mengharapkan Program seumpama ini dapat mengangkat keunikan Negeri Sembilan yang mempunyai sejarahnya tersendiri.
Dalam ucapannya, Nor Fazliana melahirkan penghargaan terima kasih kepada Perkumpulan Mahasiswa Mahasiswi Negeri Sembilan (PEMANIS) Universiti Sains Malaysia atas kejayaan mengadakan Majlis yang julung kali diadakan.
"Majlis perintis ini adalah hasil kerjasama diantra PEMANIS USM dan Yayasan Negeri Sembilan dan di sini saya menegaskan majlis seumpama ini mampu memberi impak kepada masyarat secara amnya dan khususnya warga Negeri Sembilan," ucapnya di majlis perasmian.
Tambah beliau lagi, Slogan Negeri Sembilan “Bersih, Muafakat dan Sejahtera” bukan hanya menjadi hiasan tetapi cerminan kepada prinsip hidup yang kita junjung, jelas beliau sambil mengingatkan adat pepatih ini secara langsung menerap nilai muafakat, hormat-menghormati dan jati diri – iaitu asas kepada kesejahteraan Masyarakat.
Beliau turut menaruh harapan festival Caklempong ini dapat diteruskan dan dikembangkan ke peringat yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Pada majlis yang sama, Pengarah Projek. Muhammad Nur Hamizan berkata pemeliharaan budaya dan adat warisan perlu dipertahankan agar tidak luput ditelan zaman.
Tambahnya, Lentera Adat Perpatih 2025 akan terus menjadi wadah bagi memelihara, menghidupkan, dan melestarikan seni budaya Melayu, serta mengeratkan hubungan antara masyarakat melalui warisan seni yang tidak ternilai.
Penyampaian hadiah juara bagi festival yang julung kalinya diadakan juga disempurnakan kepada pemenang gelaran juara festival caklempong yang melibatkan lima buah universiti.
Sebagai kemuncak festival, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh pasukan caklempong Citra Warisan, SMK Dato Mohd Taha yang menampilkan keindahan seni muzik tradisional dipenuhi dengan nilai estetika.
Keseluruhannya, festival yang diadakan bukan sekadar hiburan tetapi juga menjadi platform pembelajaran dan pemuliharaan warisan, bertujuan memupuk kecintaan terhadap seni muzik tradisional serta adat warisan sebagai sebahagian daripada identiti kebangsaan.
Turut hadir dalam suasana penuh istiadat ini ialah Penasihat PERMANIS USM, Dr. Muhammad Bisyrul Hafi Othman; Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDPMPP) USM, Muhamad Arif Esa; Pemantau Program Lentera Adat Perpatih 2025, Nur Hadirah Mohd Suhaimi; Pengarah Program Adat Perpatih 2025, Muhammad Nur Hamizan Mohd Jifral dan barisan Ahli Jawatankuasa Program dan anak-anak Negeri Sembilan.
Teks: Nur Zeti Akhtar Kamal Baharin, PEMANIS USM / Suntingan: Nurhidayah Nayan, Pelajar Latihan Industri Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), USM
Foto: Muhammad Ilham Hadi Suhaizan
Foto: Muhammad Ilham Hadi Suhaizan
- Created on .
- Hits: 310