USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ‘RAIKAN’ STAF; LAKSANAKAN EKSESAIS KENAIKAN PANGKAT SECARA ‘ONE-OFF’

USM PULAU PINANG, 8 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan eksesais kenaikan pangkat secara ‘one-off’ di dalam satu majlis ringkas hari ini.

Pelaksanaan ini adalah rentetan dari taklimat Kemajuan Kerjaya yang telah dijalankan bagi staf yang terlibat pada Mac lalu.

Perjumpaan sempena eksesais ini adalah bagi staf di Kampus Induk, IPPT dan Kampus Kejuruteraan USM.

PHOTO 2025 05 10 23 51 11

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, di dalam ucapannya menyatakan bahawa USM telah menyahut seruan kerajaan dan menyambut baik inisiatif ini, sebagai salah satu usaha menghargai sumbangan dan perkhidmatan staf dari pelbagai skim.

Beliau mengajak semua untuk merasa syukur dengan pencapaian ini, dan seterusnya menyatakan bahawa ini adalah satu ‘privilege’ bagi staf yang telah terpilih dalam eksesais kali ini, yang mana USM turut bersama meraikan kejayaan kesemua mereka.

PHOTO 2025 05 10 23 52 45

PHOTO 2025 05 10 23 55 48

Beliau juga berpesan agar kesemua yang terpilih dapat terus berkhidmat ke arah mencapai kecemerlangan, bukan hanya untuk diri masing-masing tetapi juga demi institusi.

Terdahulu, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Sarina Razak telah memaklumkan bahawa segala usaha ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak, yang terdiri dari Pendaftar USM, Jawatankuasa Pemilih, Bahagian Sumber Manusia (BSM), dan Persatuan Kakitangan Akademik & Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM).

PHOTO 2025 05 10 23 58 02

Eksesais ini juga adalah selari dengan usaha USM menjaga kebajikan staf, selain mematuhi syarat yang telah digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan baru-baru ini.

PHOTO 2025 05 10 23 56 52

Seramai 170 staf telah diluluskan pemangkuan selama satu (1) tahun di bawah eksesais kenaikan pangkat secara ‘one-off’ ini yang terdiri dari 31 skim perkhidmatan bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Turut hadir adalah Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff dan Presiden PKAP USM, Dr. Zuraidah Abu Bakar.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin  

  • Created on .
  • Hits: 142

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024