USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA TUGAS TERAJUI MAJLIS KEBUDAYAAN UA (MAKUM) DARI UPM: ILTIZAM PACU SENI WARISAN BUDAYA MALAYSIA MADANI

492404569 1177118497546109 7735140022310679600 n

UPM, SERDANG 28 April 2025 – Sesi penyerahan tugas Pengerusi Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) telah berlangsung dalam suasana sederhana dan harmoni antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

UPM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Aripin Abdu manakala USM diwakili oleh TNC Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

Sesi penyerahan berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya HEPA, Bangunan Canselori UPM, Serdang.

494056743 1177118467546112 2270450107798958425 n

Sesi tersebut berjalan lancar dengan kedua-dua pihak saling menyampaikan hasrat dan sudut pandang bagi meningkatkan lagi pencapaian dan impak positif selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkasa teras keilmuan bidang seni dan budaya sebagai langkah awal yang penting dalam membangunkan Mahasiswa Madani yang progresif.

Dalam ucapan aluan mantan Pengerusi, beliau menjelaskan bahawa MAKUM telah melalui fasa awal dan kini berada pada tahap cemerlang dengan penglibatan semua ahli MAKUM yang berusaha keras dalam memberikan hasil dan impak tinggi bagi setiap program yang dirancang dan dilaksanakan.

Malah, MAKUM bersama Majlis Kesenian dan Kebudayaan Mahasiswa Kebangsaan (MAKMA) akan terus menunjangi kecemerlangan ini untuk fasa seterusnya di bawah kepimpinan baharu USM.

Shaharum pula berkata, USM sentiasa menyedari bahawa pencapaian tinggi yang telah diletakkan oleh UPM menjadi penanda aras yang sangat dihormati oleh USM.

Justeru itu, USM beriltizam untuk terus membantu memperkasa peranan MAKUM serta memastikan kesinambungan legasi dan sokongan padu daripada kepimpinan terdahulu dapat dibawa dan diterjemah dalam menghasilkan program-program kesenian dan kebudayaan berimpak tinggi.

Kejayaan projek mega MAKUM di USM seperti BAHTERA MADANI (tahun 2023) adalah antara contoh aktiviti cemerlang yang berimpak tinggi yang amat membanggakan.

494071555 1177118514212774 5129390772832893172 n

Struktur pentadbiran seni budaya di USM yang hampir serupa dengan UPM membolehkan kesinambungan gerak kerja budaya dilaksanakan dengan lebih teratur dan efektif.

Tambahan pula, sokongan kuat daripada gabungan pelajar memberikan landasan kukuh untuk menjayakan pelbagai inisiatif budaya pada peringkat nasional mahu pun antarabangsa.

Dalam usaha meningkatkan impak, cadangan untuk menganjurkan program ASEAN MADANI turut dikemuka dan dibincangkan, selaras dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN.

Pelbagai perbincangan mengenai program telah diadakan bersama ahli MAKUM memperlihatkan keseriusan dalam merealisasikan agenda ini.

USM bersama seluruh ahli MAKUM komited untuk terus memajukan bidang kebudayaan dan kesenian ke tahap yang lebih cemerlang.

Dengan semangat Malaysia MADANI yang ampuh, Universiti-universiti Awam Malaysia optimis untuk membawa kegemilangan MAKUM ke pentas ASEAN.

494717521 1177118594212766 677513258665077574 n

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Pengarah Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dan juga mantan Setiausaha Agung MAKUM, Husalshah Rizal Hussian; mantan Setiausaha Agung MAKUM, Adidi Tamim; Setiausaha Agung MAKUM, Zulkifli Che Husin; dan Sekretariat MAKUM, Ahmad Assahirin Hamlet.

USM akan mempengerusikan MAKUM untuk sesi 2025 hingga 2026.

Teks & Foto: Murshid Md Hussain, Setiausaha Kerja MAKUM

  • Created on .
  • Hits: 56

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024