USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM MENANG PERTANDINGAN PENSIJILAN 1CITIZEN

PULAU PINANG, 12 Dis.2012 - Dua orang pelajar Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) telah mengungguli tempat pertama dalam pertandingan Portfolio berkumpulan  bersempena pertandingan Pensijilan 1Citizen bagi kategori Video/Animasi .

Pelajar tersebut ialah Chew Kha Soon dan Lee Kuan Yeh yang menghasilkan video bertajuk "1Citizen Physician", yang berkisarkan kepada sebuah video pendek berkenaan situasi di sebuah klinik yang boleh ditonton melalui URL: http://www4.1citizen.com.my/1citizen_portfolio_view.cfm?portfolio_id=9499&;video_type=3

Sementara itu, Pegawai Teknologi Maklumat di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Zaiyana Mohd Hussain turut mendapat tempat ketiga bagi kategori yang sama untuk individu manakala kakitangan Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Khairil Anwar Jusoh mendapat tempat kedua bagi kategori penulisan kreatif.

Menurut penyelaras, Dr. Nurul Hashimah Ahamed Hassain Malim, pensyarah di Pusat Pengajian Sains Komputer , 1Citizen adalah program pensijilan bertaraf antarabangsa bertujuan memupuk sikap tanggungjawab dalam penggunaan teknologi digital dalam kalangan penggunanya.

Katanyam, program ini telah mendapat kelulusan dan sokongan Perdana Menteri pada 14 Januari 2011 dan pelaksanaan program ini diuruskan oleh Prestariang Systems Sdn. Bhd. serta dipantau rapi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

``Pihak PPSK juga menyeru siswa-siswi yang mempunyai kerakyatan Malaysia untuk mengikuti program Pensijilan 1Citizen. Pertandingan ini masih lagi berlangsung untuk penggal pengajian seterusnya,’’ ujar beliau.

Katanya, majlis penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu majlis khas bersempena Program Pensijilan 1Citizen Institusi Pengajian Tinggi serta Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di Putrajaya, Jumaat depan.

Dalam pada itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh menghubungi pusat pengajian masing-masing  untuk mendaftarkan nama sebelum 20 Disember 2012.

  • Created on .
  • Hits: 2468

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024